Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Friday 10 May 2013

Kembara Cinta Danny : Prolog



[kredit]


Danny merenung jauh. Renungannya tajam, sangat tajam. Dia cuba mengimbau kembali segala kenangan yang pernah menyentuh hatinya.

“Abi, jom la main. ummi kata abi dulu waktu muda-muda pun main dekat sini jugak.” suara kecil itu menyapa 

Danny. Hilang sekelip mata segala memori yang cuba dia imbau kembali.

“Ok. Jom! Tapi main sekejap je tau. Nanti malam nak mengaji pulak. Main lama-lama nanti Tirah penat.”
Danny memimpin tangan Atirah, anak sulungnya juga anak tunggalnya bersama Fadhilah. Sudah hampir dua tahun Danny hidup tanpa Fadhilah. Segala memori, suka duka bersama Fadhilah disisip kemas dalam hatinya.

“Daku berjanji Fadh, daku akan menjaga Atirah sehingga nafasku yang terakhir. Daku akan kotakan janjiku untuk membentuk dirinya agar menjadi seperti dirimu.” Manik-manik jernih mula terburai dari mata Danny tika hatinya bermonolg sendirian. Dia akan kotakan janji itu. Dia akan tunaikan segala kewajipannya sebagai seorang abi.

“Abang!!!” satu suara menyapa anak beranak itu.

“Abang, jom kita balik. Dah nak masuk maghrib ni. Tadi kata nak pi dengaq kuliah ustaz Yus” Jannah, isteri kedua Danny cuba mengingatkannya kembali.

Selepas kematian Fadhilah, Nur Jannah telah mengisi hati Danny yang sekian lamanya kosong. Perwatakan Jannah yang hampir sama dengan Fadhilah telah membuka hati Danny untuk memiliki kembali seorang permaisuri dalam hatinya.

“Tirah, jom kita balik. Malam ni abi nak bawa Atirah dengan ummi pergi masji, ada kuliah ustaz Yus” senyuman manis diukir oleh Atirah. Tangan abi kesayangannya dipegang. Danny mencapai tangan isterinya yang dicintainya. Mereka bertiga berpimpinan tangan pulang ke rumah.

“Abang, saya tahu tiada siapa yang mampu ambil tempat kak Fadh di hati abang, tapi ketahuilah saya amat menyayangi dan mencintai abang, dan saya akan cuba menjadi seorang kekasih yang menyayangi kekasihnya kerana pencipta rasa kasih ini” bisikan halus singgah di cuping telinga Danny.

Satu kucupan kasih dan cinta singgah di pipi kanan Nur Jannah. Air mata mula bergelinangan. Rasa syukur mula terbit di dalam hati. Rasa redha juga hadir di saat itu.

“I know that sayang, and I love you very much because of Him” satu lagi kucupan kasih hinggap di pipi kanan Nur Jannah.

…………………………………………………

Hehehhehe…
Dah lama sangat tertunngak, so this is the prolog for Kembara Cinta Danny. Moga sambungannya akan memberi ibrah dan pencerahan tentang cinta serta kasih yg jelas kepada kalian semua.


~cintafiqalbi~

Kembara Cinta Danny : E1
Kembara Cinta Danny : E2
Kembara Cinta Danny : E3
Kembara Cinta Danny : E4

2 comments: