Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Thursday 28 February 2013

Si Bongkok Sabut






tua tua si bongkok sabut,
mencantas,
menebang,
menebas,
membatas,
terik panas,
sejuk hujan,
tetap sama,
tua tua si bongkok sabut,
itulah mereka,
tua juga kerja,
hujan panas apa kira,
rezki jua dicari,
untuk along di universitas,
untuk angah di asrama,
untuk adek di bangku sekolah,
tua tua si bongkok sabut,
senyum pahit dilukis di wajah berkedut seribu,
puas,
suka,
bangga,
tua tua si bongkok sabut,
itulah mereka,
si bongkok sabut.

~cintafiqalbi~

Wednesday 27 February 2013

Sayonara Jahiliyah !!!! Welcome ya Hidayah


salam a'laik, semalam saya pergi satu daurah yang membincangkan bagaimana mahu menolong  serta membawa kembali diri kita dan anak2 usrah kita (masa bila aku bawak usrah ntah) daripada terus tenggelam dalam donia jahiliyah...
sekadar sedikit perkongsian dan nota  untuk saya dan teman2 semua ^^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terlalu lama mereka ditinggalkan hidup tanpa seorang nabi. Terlalu lama mereka hidup tanpa seorang petunjuk jalan. Terlalu lama mereka dibiarkan melakukan kesalahan. Itulah yang berlaku kepada bangsa arab dan bangsa-bangsa lain di dunia sebelum kedatangan utusan terakhir, MUHAMMAD IBNU ABDULLAH. Sepanjang waktu itulah mereka hidup dalam kegelapan (kalau ada cahaya pun macam lampu ayam je), kelam, kelabu dan seumpama warna dengannya. Sepanjang waktu itu jugalah mereka dikepung dengan kejahilan. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu adalah benar dan betul. Menjadikan latta dan uzza sebagai tuhan sembahan mereka walhal masih mempercayai kewujudan ilahi yang esa, Allah azzawajala.

Tapi, kedatangan baginda rasulullahtelah membuka hijab kejahilan itu sedikit demi sedikit. Sinar hidayah itu semakin menyinar hari demi hari hatta sudah mampu menawan 2/3 dunia sehingga ke andalus. Kejahilan itu sedikit demi sedikit semakin menipisdalam hidup mereka.

OOPPPPSS!!!!

Saya bukan nak bercerita mengenai sejarah. Ok, forward sikit. (tekan remote)
Hehehehe…. Panjang pulak bercerita sejarah jahiliyah org arab tu. Takpe, setidaknye refresh balik sejarah..hehehehe….

Ok, back to topic ^^…

Jahiliyah.
apa yang kita semua faham? Jahil? Yup. ‘JAHIL’… this word is too hard.  Mungkin setengah orang akan cakap macam ini,

“jahil tu xdk ilmu bro, tu la jahil”

“kalau tak faham agama, jahil lah tu.”

Ermmmm….. betul juga pandangan mereka itu. Tapi apa yang nak saya perkatakan di sini, jahiliyah itu bukanlah sekadar tiada ilmu dan tak faham agama. Sebenarnya jahiliyah itu luas dan mungkin kita tak pernah perasan dan sedar akannya (aku pun tak perasan T.T).

Betul atau tidak jika saya katakan main PES,FIFA,COD itu juga jahiliyah?(kantoi la aku main,,heheh)
Betul atau tidak jika saya katakan tengok wayang itu masih jahiliyah?
Betul atau tidak jika saya katakan  mengumpat itu jahiliyah?
Betul atau tidak jika saya katakan menemplak orang itu juga jahiliyah?

Setuju? Tidak?
Tolonglah setuju…. (melutut smbil kepala tunduk ke bawah)..hehehe

Ok mari kita tengok kenapa saya katakana semua perkara tersebut sebagai satu jahiliyah. Kita tengok tika mana kita main all these games berapa kali kita akan main? Kalau 2 kali sehari ok lagi tapi kalau dah 2 jam lama woiii!!! Hehehe… tika kita main games pernah atau tidak kita comparekan masa main games dengan masa beribadah? 2 jam kita main game nak cover ngn solat 5 wktu pun belum tentu cukup lagi. Membuang masa hanya untuk perkara sia-sia, itu adalah jahiliyah yang masih ada dalam diri kita tanpa kita sedar. T,T

Kita tengok pulak pokcik-pokcik yang dok melepak kat kedai kopi cap kapal laut tu. Berjam-jam duduk dengan kopi secawan sambil main dam. Bersembang, gelak tawa berbahak-bahak. Berbincang tentang politik mengalahkan ahli dewan parlimen… agak-agak kamu semua, apa yang dibualkan sampai berjam-jam? Adakah itu perkara penting? Perbincangan yang diselitkan dengan hilai tawa yang macam ponti-anak , caci maki bagai… tidak kah itu perbuatan jahiliyah?


Pokcik-pokcik tengah main dam haji



Selam pulak dalam lautan manusia yang tengah sibuk beratur nak beli tiket wayang. Beli tiket wayang cerita ponti-anak dengan serigala separa manusia. Maghrib pukul 7 stgh, wayang start pukul 7 suku. Hah??!!! (garu kepala) burn maghrib depa… ok itu satu hal,,duduk dalam wayang duduk pulak sebelah makhlok yang bukan mahram. Kulit bertemu kulit. Mata tengok skrin hati terasa nikmat yang lain.. hah!!!! Apakah itu???  Burn solat, bersentuhan dengan bukan muhrim, tengok pulak cerita yang lagha.  Itu semua perbuatan jahiliyah bukan?

So, macam mana nak hilangkan jahiliyah ni? (susah woi!!!)

Yup,, susah memang susah… mana mungkin benda yang manis itu datang dengan mudah. Pejam mata buka balik dah dapat.. mana mungkin. nak makan nasi pun susah, kena basuh beras, tanak nasi, ambil pinggan, ceduk nasi baru boleh makan. Inikan pula mahu lari daripada jahiliyah ini.. T.T

Saye nak bawa satu kisah.

Satu hari seusai baginda rasulullah habis berceramah, seorang sahabat, Anzallah  keluar dari masjid nabawi teresak-esak. Habes keluar hingus hijau (ok,ni menambah). Tika Anzallah menanges, Abu Bakr ternampaklah beliau lantas Abu Bakr pun bertanya “kenapa kamu menanges wahai Anzallah?”

Anzallah menjawab, “aku rasa diriku munafik, tika mana aku bersama baginda Muhammad Rasulullah aku nampak syurga neraka, aku tahu pahala dosa. Tapi, tika mana aku bersama keluargaku, isteri dan anak-anak ku aku tidak lagi nampak semua itu bahkan hanya donia semata”

Abu Bakr terperanjat mendengar penjelasan daripada Anzallah. Beliau bawa Anzallah bertemu baginda nabi dan Anzallah ulang kembali apa yang dia jelaskan tadi.

“ruwaidan.. ruwaidan ya Anzallah.. bertenang.. bertenang wahai Anzallah.. slow and steady” nabi kata..

Ok, from this story, saye boleh concludekan 2 benda…

1. Jika kita mahu menjadi seorg yg baik kita perlulah mendampingi makhlok-makhlok Allah yang baik juga.

“jika kamu berkawan dengan si pebuat minyak atar, nescaya akan terlekat bau wanginya dan jika kamu berkawan dengan si tukang besi, pasti akan terlekat juga bau besinya pada kamu”


Mahu lari dari jahiliyah? Dampingilah makhlok-makhlok yang melakukan kerja-kerja rasulullah dan sahabat.

2. Perubahan itu bukan boleh berlaku dalam masa yang singkat.

“…ruwaidan… ruwaidan ya Anzallah..” rasulullah pun kata bagitu kepada Anzallah. Slow and steady =),,

tapi kita perlu ingat, perubahan itu perlu dilaksanakan dengan azam dan iktikad yang kuat. Tajdid kan niat balik.

Berubah dan merubahlah dengan segera.

Berubah. Kita perlu berubah dengan segera.itulah mindset yg perlu ada.kena segera dalam perubahan walaupun pergerakannya slow and steady.. yup.. that’s right..dalam mindset berubah dan merubah dengan segera inilah kita perlu buang segala kejahilan yang ada. Waktu inilah masanya untuk kita capai balik gula-gula iman yang manis tu (halawatul iman, lagi sedap dari cekelat daim tu ^^).

Dari Anas r.a. Nabi SAW bersabda: “Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”
(HR Bukhari)


Kita lihat balik kisah Anzallah tadi, bagaimana dia begitu takut lsehingga menyangka dia seorang munafik, walhal dia sahabat baginda nabi. Kita? Bagaimana pula? *PAAANNGGGGG!!!! Kan dah kena penampar..ouch!!

Insyaallah, jika kita teruskan niat untuk meninggalkan kejahilan itu, jika kita berusaha untuk mencapai zero jahiliyah, PASTI Allah azzawajal akan membantu kita.

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah,' kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan sorga yang telah dijanjikan kepadamu."
[Fussilat, 41:30]

Kita ini dijadikan di dunia ini hanya untuk 2 sebab, untuk menjadi abid (hamba abdi,, igt hg duktur, engineer baguih ka?) dan khalifah. Tapi, jika kita masih di dalam jahiliyah mampukah kita menjadi seorang hamba dan adakah kita mampu memikul tugas seorang khalifah? Mampukah kita mendapat 2 status itu? Adakah kitakhalifah atau babi yang melakukan semua perkara seperti kita yang Cuma mereka tidak memikirkan perihal agama dan tidak kisah jahiliyah ataw tidak?

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.
( Ayat 43 & 44 : Surah al-Furqaan )


"Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja." -Hamka.


So,,, mari kita ucapkan sayonara jahiliyah!!!! Bye bye jahiliyah !!! *lambai kat kejahilan dulu ^^
then, welcome cinta,cintafiqalbi =)


~cintafiqalbi~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

banyak juga benda yang aku kena betulkan ni,, even benda ni berat,insyaallah slow and steady. T.T,,,
bye2 jahiliyah


-

Monday 18 February 2013

JANTAN BETINA

JANTAN BETINA

jantan betina bangga, 
hulu hilir berchenta, 
jantan betina bangga, 
bibir bertemu seketika, 
jantan betina bangga, 
dosa? tetap bangga

~cintafiqalbi~

*bila insan bercinta tanpa kenal erti dosa, inilah yang jadi...

Saturday 16 February 2013

MARHAEN JALANAN...KEJI? HEBAT...



salam a'laikum...
keifahalukum?
kheir?alhamdulillah...
cukup lama x update blog nie,,, terlalu memberi komitmen pada kelas dan perihal2 lagha ( T.T sadis tul)...
insyaallah lepas nie akan selalu diupdate.. biiznillah ^^


-----------------------------------------+++++++++++--------------------------------------------------
Marhaen jalanan…
Apa yg anda, orang di sebelah kiri anda, orang sebelah kanan anda, orang di belakang anda, orang di depan anda dan anda balik akan rasa apabila ternampak golongan ini? Mengeji? Mencaci? Mengherdik?

Ehhh… Terlupa pulak nak bagi tahu ape benda marhaen jalanan tu…heeee ^^
Marhaen adalah golongan-golongan yg susah. Golongan yang setengahnya tiada rumah. Golongan-golongan 
yg kais pagi makan pagi, kalau tak kais makan angin. Heeee ….

Okay, back to topic.
Marhaen jalanan…
Kalau kita pergi ke KL, kita akan dapat melihat golongan-golongan ini bersepah merata-rata. Bawah tangga, tepi tandas awam, tepi longkang, depan SOGO, tepi 7sebelas dan paling femes atas jejantas. Kadang kala melihat mereka ini otomatik terasa jelik, annoying, muak, nak termuntah semua ada. (uishhhh…teruk betul aku ni.istighfar wahai hati)

Ada suatu hari, tika saye menapak ke masa petak (time square), mata ini bagai terlihat satu makhlok terbaring lemah di atas jalan menadah tangan. Depannya ada satu kain yg sgt bernilai. Kenapa saya kata bernilai? Sebab atas kain itu ada satu longgokan wang ringgit Malaysia yg banyak. Banyak kertas biru,merah turust disertakan dengan kertas hijau atas kain tu. MEWAH!!!! Terus terlintas dalam hati tika itu,

“…kalau aku jadi mcm mamat ni, baring je, income bulanan mau dapat ribu-ribu…”

Hehehhe… ^_^
Tapi, dek kerana pengaruh media massa (TV je sebenarnye) yg selalu menyiarkan kisah-kisah marhaen jalanan ini memang selayaknya dicerca, dihina, dimakai sedikit sebnyak terkesan pada diri ini =(…
Kalau zaman dulu, memang dalam hati ini akan merasa hina terhadap golongan-golongan yang dianggap bawahan oleh masyarakat ini. Tapi persepsi ini sudah berubah apabila saya dipaparka satu sketsa pendek di hadapan  kaca mata saya. Saya mula sedar, marhaen ini juga makhlok seperti kita. Tika itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah dan ada seorang tua menaiki bas yang sama dengan saya (ye lah, bajet x cukup nak naik teksi,bas je lah ). Ade satu guni di tangan si tua itu menemani dia dalam bas tu. Dia berdiri sebelah driver bas. Dia pun berbicara gelak tawa semua adelah dengan driver bas tu. But ade satu statement nie keluar dari mulut dia.

“…sekilo 3 ringgit.nak dapat sekilo kena dapat 70 tin…”

WHAT???!!!!!
Sekilo 3 ringgit? Nak makan tengah hari pun x lepas. Tu satu hal.
WHAT???!!!
Nak dapat sekilo kena dapat 70 tin? I don’t think I can do it.

Subhanallah …
lepas dengar ayat tu saya terus terfikir, bertapa murni nya seorang marhaen ini. Sanggup buat benda ni semata-mata untuk mencari rezki halal.

“…sehari saye keluar 3 kali, lepas subuh sekali, lepas zohor sekali, malam sekali…”

PAAAAANNNGGGGG!!!!!
ouchhh!!! 3 kali sehari keluar cari tin? Sapa sanggup? Saya pun tak sanggup. Demi sesuap nasi yang halal untuk anak bini, si tua tadi sanggup buat benda ni padahal kebanyakan makhlok dunia akan jelling sinis golongan seperti ini (aku dulu pun mcm tu,sinis je tengok jenis depa nie T.T).

Bila terkenang balik sketsa pendek ni, saya pasti terfikir bagaimana seorang marhaen masih mampu hidup dan berusaha untuk mencari rezki yg halal tatkala masih lagi ramai pakcik kaya, makcik-makcik jambul, pemuda-pemudi yang sibuk mencari duet haram untuk kekal hidup selesa. T.T…. Masakan seorang tua yang sepatutnya tika ini perlu rehat yang cukup pergi keluar mencari tin untuk sara keluarga boleh kekal hidup dengan carian yang halal sedangkan makhlok lain sibuk ambil duet kopi tarek, jual pil keldai, jual maruah, jual cerita untuk kekal selesa atas dunia fatamorgana ini. Sadis rasanya….

Masih mahu keji? Masih mahu hina? Masih mahu maki? Mereka ini lebih mulia dari makhlok lain yang hanya mementingkan kemewahan hidup berunsurkan perkara syubahat dan haram. Biarpun insan-insan seperti ini mengutip tin, pinta sedekah,  basking di jalanan tapi mereka masih mencari rezeki yang halal. Masih ingin hidup dengan keberkatan ilahi. Masih mahu menuju ke pintu sorga. Masih mahukan secebis chenta ilahi.

Masih mahu keji? Masih mahu hina? Masih mahu maki?
Kejilah, hinalah makilah diri sendiri dahulu…
salute you marhaen jalanan…


marhaen berbasking di jalanan (lepak kat depan SOGO wktu ni ^^)




“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)




“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”
Surah at-Thalaq : ayat 3




marhaen jalanan,,
ya,,
dialah marhaen jalanan,,
yang selalu menyinar kekusaman kota raya,,
menceritakan detik hitam hidupnya,,
tiada rumah ditinggalakn keluarga,,
dialah marhaen jalanan kota raya,,
banyak cerita ketabahan,,
mmbuat aku terpana dan berfikir,,,
ya,,
dia hanya marhaen jalanan,,
tapi dia masih tabah dan mahukan kehidupan,,
marhaen jalanan

-marhaen jalanan
-15 Februari 2013

~cintafiqalbi~