Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Sunday 18 November 2012

LevER cirCuiT



Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum ikhwah…

So, first of all I just want to say hi!!! to all ikhwah…
Kaifahalukum??? Sihat2 je kan… Alhamdulillah…
Lama sudah rasanya tak meng’update’ blog nie…
So, basically for this post, it will be a short post.
Ptg tadi ade sorang sahabat saya send mesej kat saye…

camne ko tetapkan hati di landasan islam yg sebenar???”

GULLPPPPP!!!!!!
Camne nak jawap nie???






OK!!! Let us start (betul ke???)
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." 
(Riwayat Muslim)

Betapa pentingnya nilai hati ini kepada setiap umat manusia. Allah tidak pernah pandang darjat kita, tidak pandang kepandaian kita, tidak pandang siapa kita. Allah cuma pandang KETAKWAAN kita. Di mana letaknya keTAKWAAN itu???

Mafhum hadis rasulullah,

Sesungguhnya dalam hati kita ade seketul daging, jika rosak ia, maka rosaklah segalanya, jika baik ia, baiklah segalanya, ketahuilah sesungguhnya daging itu adalah HATI.”

See…
Hati yang kecil tu sangatlah penting…
So, back to the question. Macam mane nak tetapkan hati di landasan islam yang benar???
2 STEPS!!!!!!


#1.

DOA….

Allah telah berfirman,

 “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”
 (QS. 40 : 60)






Allah berfirman lagi,

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”
(QS. 2 : 186)

You guys can see, Allah dah janji kat kita yang doa kita akan sentiasa dimakbulkan. Ni bukan janji manusia, tapi janji TUAN kepada manusia. Kalau manusia janji jadi macam ni la,

Apek: Bila u mau bayaq hutanq wa?? (ambuih,,apek utara nie)
Karim: Nanti la apek,saya mana ada duet lagi meyh.
Apek: Hayya!!! Dulu kata boleyh bayaq seyh!!!
Karim: Elex dulu apek, dulu janji 5 bulan baru bayaq. La nie baru 4 bulan.
Apek: Itu dulu punya celita meyh, bukan sekarang. Lu mau bayaq ka  tak mau?   Kalau tak mau,,wa kasi potong .
Karim: ?!@#*

Hah!!!janji manusia,,, nk pulak semua janji ditepati..mana mungkin…hanya allah yg boleyh wat cmtu.
Still ragu2 dengan Allah?? Berdoalah padanya agar hati kita ditetapkan keimanan dan sentiasa berada diatas landasan yang betul.


#2.

IKHLAS

Dari Umar bin Khaththab ra, ia berkata; Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,

“Amal itu hanyalah dengan niat, dan bagi setiap orang (balasan) sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa berhijrah (dengan niat) kepada Allah dan RasulNya, maka (ia mendapatkan balasan) hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa berhijrah (dengan niat) kepada (keuntungan) dunia yang akan diperolehnya, atau wanita yang akan dinikahinya, maka (ia mendapatkan balasan) hijrahnya kepada apa yang ia hijrah kepadanya”

Segalanya bermula daripada niat!!!




Hang nak hati hang duduk dalam lndasan yang betul kan??? Cuba hang ikhlas kan niat hang tu… (tuuu dia utara bak hang!!!)
If you want to be a good girl, you want to be a good man, you want to be a real good ummah, you should to be honest first.

WITH  WHO???”

“Daaaaaa!!!!! You really don’t know?? Of course with HIM, the greatest LORD,ALLAH Al-Khaliq”

Yup2!!!
kita kena ikhlaskan niat kita dulu dengan allah. Segala perbuatan yang diniatkan semata mendapatkan keredhaan Allah, compom dapat pahala dan diangkat menjadi ibadah.

Firman Allah,

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan (ikhlas) kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
(QS. 98:5)

Keikhlasan nie umpama kita mengukir arca kayu.
Kita buat dengan penuh ketekunan, slow and steady, aklhirnya mendapat hasil yang mengagumkan!!!|
Same goes tu keikhlasan,bila kita ikhlas   melakukan sesuatu perkara,,kita akan peroleh ketenangan dihati dan kita akan rasa kenikmatan pekerjaan itu. Bila terasa nikmat, kita akan cenderung untuk menambahkan perkara2 kebaikan and the same time hati akan ikut bergerak memacu laju untuk sentiasa tetap di landasan agama kita yang syumul ini..



So, for the conclusion, segala2 yang kea rah kebaikan ini perlukan usaha dan juga pengorbanan. Don’t ever feel bad atau merungut kalau kita ditimpa ujian,

Firman Allah,

“adakah kau sangka kau sudah beriman sedangkan kau belum diuji??...”

Allah yang cakap tu,,not me =)
segala ujian yang kita dapat adalah untuk menjadikan kita sebagai seorang yang beriman.Janganlah bersedih atas segala ujian itu ikhwah,
LA TAHZAN!!!
Tuntasnya, marilah kita bersama-sama mengejar cinta DIA agar hati kita sentiasa tetap berada di atas jalan-Nya,,

#PrayForGaza#PrayForSyria

~cintafiqalbi~

Saturday 14 July 2012

jom berUSRAH



Bismillahirahmanirahim,,,
Assalamualaikum Ikhawah,,,

One question for you guys,,,
Korang taw tak kat mane Islam mule-mule develop???
Sape taw??
Haaaaa,,,yup!!!You guys are right!!
Islam mula terbentuk di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam yang dipanggil sebagai Dar Al-Isalm,,,
di sinilah tempat pengikut-pengikut nabi Muhammad S.A.W. mempelajari ilmu-ilmu agama Islam,,,
di sinilah tempat terbentuknya ukhwah fi sabilillah yang pertama,,
mereka yang berada di situ sudah dianggap sebagai sebuah USRAH!!
USRAH inilah yang menyebabkan agama Islam masih kekal sehingga hari ini.

“sat noh,,cek nak Tanya sikit,,usrah tu apa dia pun tak taw,,mai habaq sikit kat cek,,”

Haaaa,,,
USRAH!!!
Usrah adalah satu perkataan arab yang membawa maksud keluarga,,,
sebenarnya,,jika kita tengok balik,,
dalam Dar al-Islam semua orang-orang quraish yang baru je mengucapkan syahadah telah membentuk sebuah hubungan yang sangat akrab walaupun mereka datang daripada pelbagai latar belakang,,
ade yang datang daripada keluarga susah seperti keluarga yasir,ade yang datang daripada golongan hamba seperti bilal bin rabbah  dan ada yang datang daripada golongan bangsawan seperti abu bakar assidiq,,,
tetapi,,setelah kesemua berkumpul di Dar Al-Islam itu,,
mereka bagaikan sebuah keluarga,,
mereka bagaikan ada hubungan yang baik,,
hilang sudah darjat seorang hamba,
hilang sudah status si kaya,
hilang sudah panggilan orang miskin,,
lihat,,,betapa cantiknya agama Islam,,,
tiada apa-apa yang mampu menghalang seseorang Islam itu bersaudara,,,






Allah telah berfirman:

“ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”
Surah Al-Hujurat: ayat 13

See,,,
allah just pandang ketaqwaan sesorang itu sahaja,,
bukan tengok sama ada dia kaya,hensem,lawa,,
bukan!!!
so,,jangan sesekali terlintas untuk memperlekehkan orang lain,,

“oooo,,ok2,,tp an,,ape function usrah tu sebenarnye??”

Hehehe,,
ok2,,let me explain to you guys,,
usrah ni sebenaranya banyak ‘function’ sebenarnya,,


        I.           Dengan adenya usrah kita mampu menguatkan lagi ikatan silaturahim sesame umat islam,,,

kalu kite telusuri balik sewaktu umat islam makkah berhijarah ke makkah (muhajirin),
penduduk-penduduk asal madinah (ansar) sanggup memberi tanah,makanan,tempat tinggal kepada golongan muhajirin ini,,,
kerana apa??
kerana…mereka menganggap golongan muhajirin ini sebagai keluarga mereka juga,,mereka merasa kasih dan cinta sesame sendiri,,inilah yang dituntut dalam islam,sebagaimana nabi Muhammad pernah bersabda:

“tidak beriman seseorang itu selagimana mereka tidak mengasihani umat islam yang lain seperti merka mengasihani diri sendiri”

see,,,
it is beautiful right??
      II.            Dengan usrah juga kita mampu mengembangkan lagi agama Islam yang tercinta,,,
sebagai contoh,,
islam berkembang dari rumah Al-arqam bin Abi Al-Arqam,,,disinilah Islam mula mengembang,,
disinilah tapak dakwah yang pertama,,
disinilah Islam mula dilihat oleh golongan-golongan Quraisy

    III.            Dapat menambah ilmu baru,,
pada zaman para tabi’in ramai yang keluar bertalaqi untuk menimba ilmu,,
mereka keluar dan mencari tuan-tuan guru,,
mereka duduk bersama seperti satu keluarga,,,
dengan cara inilah lahirnya insan-insan sepeti ibnu sina,ibnu batutah,al-khindi,al-farabi dll..


So,,guys,,
macam mane???
jom kite berusrah,,
carilah kengkawan yang seagama,,dan anggaplah dirinya sebahagian kelauraga korang,,
insyaallah…
korang akan dapat banya benefit,,


So,,bercintalah dengan usrah korang,,
bercintalah dengan keluarga korang,,
agar kita mudah mengecapi cinta hakiki,,
FI QALBI,,


Az_1wan,number _1 is silent…

Sunday 8 July 2012

jom cari ILMU!!!



Bismillahirahmanirahim,,,
Assalamualaikum ikhwah,,,

Saya nak kongsi sikit salah silah kehidupan Imam Syafie dengan korang semua.Kenal tak siape Imam Syafie???Yup!!!thats right,,,beliaulah merupakan insan yang mengasaskan mazhab Syafie.

Imam as-Syafie rahimahullah lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafie. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana untuk menuntut ilmu. Di Makkah Imam as-Syafie memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu.





Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas, dan Imam as-Syafie dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut,beliau belajar dan menghafal Al-Muwatha’ hanya dalam masa sembilan malam sahaja,beliau telah diberi keizinan oleh gurunya untuk memberikan fatwa semasa umur 15 tahun lagi. Imam as-Syafie kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab Al-Muwattha’, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu Imam as-Syafie baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam as-Syafie sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai.Antara anak murid Imam As-Syafie ialah Imam Ahmad Bin Hambal Al-Syaibani,(Mazhab Hambali).

Subhanallah,,,dasyat sungguh Imam Syafie,,,
15 tahun dah boleh bagi keluar fatwa sendiri.Dasyat!!!
kalau kita,15 tahun pun belum tentu khatam aAl-quran,,,,
Kenapa beliau mampu menjadi seorang insan yang begitu HEBAT?
Kenapa beliau mampu menjadi seorang insan yang begitu MANTAP?
kenapa beliau mampu menjadi seorang insan yang begitu DIHORMATI?
HAAAAAA,.,,,,,jawab le kengkawan ku,,,,

“kenapa ek?!”sambil menggaru kepale yang x berape nak gatal,,,ade kutu ke derrrr??!!
Tak payah nak garu sangatlah kepale tu,,,

Jawapannya adalah,,,,jeng,jeng,jeng
Sebab beliau ade ILMU!!!!!!
Haaaa,,itulah jawapannya,,
Imam Syafie mampu menjadi seorang yang disegani hanya kerana beliau memiliki ILMU,,,
Umur 10 tahun dah gi belajar dengan mufti,,,bukan calang-calang cikgu die jumpa,,Korang ade?
Heeeee~
aku un tak dak gak,,

“Eleh!Dia keturunan nabi,,boleh la,Aku ni anak melayu+pakistan,,memang la tak boleh nak jadi macam dia!”

What a …. statement,,,
Ni la alasan yang korang selalu bagi,,,nonsense!!
Kalau nak cakap Imam Syafie pandai sebab dia keturunan nabi,,,korang bukan keturunan nabi??
Kita semua ni wujud selepas kewujudan nabi Adam a.s….Kalau nabi Adam a.s. tak dak,,mana mungkin kita semua ada,,so,,that’s mean kita pun keturunan nabi la,,,ape lagi alasan yang korang nak bagi??

ILMU!!!
Sebenarnya kita semua perlu memiliki ilmu,,,
mana mungkin tanpa ilmu kita boleh melakukan solat,
mana mungkin tanpa ilmu kita berpuasa,
mana mungkin tanpa ilmu kita kita mempercayai akhirat,,
so,,,ILMU nie sangatlah penting,,

Sabda nabi Muhammad S.A.W:

“Menuntut ilmu wajib ke atas setiap orang islam”

See,,,
Kita sebagai umat nabi terakhir telah diwajibkan menuntut ilmu,,,
kerana apa?kerana,,,,hanya dengan ILMU sahaja yang dapat menjadikan seorang insan mengerti apa itu erti ISLAM,,
bila sudah tahu apa itu islam,,baru mudah untuk mengikuti segala syariaatnya,,
J

“tuntulah ilmu sampai ke negeri cina”

Pujangga arab pernah mengeluarkan kata-kata ini,,,
Kata-kata ini menunjukkan bahawa,,,nak menuntu ilmu ni,tak kisahlah ke mane sahaja,,carilah ilmu walaupun tempat itu terlalu jauh,,,
Imam syafie pun sanggup berpindah randah mencari ilmu,,takkan laaa kita tak mampu,,,
Berhijrahlah mencari ILMU kerana Allah,,,

Allah berfirman:

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”Annisa:100


Nampak tak??Allah akan bagi kita rezki yang banyak jika kita berhijrah kerana Nya,,,
Ape tunggu lagi,,
Tak kisah kat mane kita nak pergi,
UK??
IRELAND??
US??
JORDAN??
MESIR??
GMI??
<==heeeee~~nie tempat belajar aku,,
Tak kisah kat mane pun,,selagi niat kita betul,,menadah ILMU kerana Allah,,
insyaallah,,,Allah akan memberkatin serta mempermudahkan segala urusan korang….


So???Ape tunggu lagi,,,JOM cari ILMU,,,
JOM cari ILMU kat atas dunia ni,,
agar kita Berjaya di dunie dan AKHIRAT,,
JOM IKHWAH!!!!!
JOM CARI ILMU!!!
JOM MENCINTAI ILMU!!!<3


az_1wan,number _1 is silent,,,

Monday 2 July 2012

Sunday 1 July 2012

lets have change



Ina:Mak bile nak pake tudung?Kenape mak suruh Ina pakai tudung tapi mak tak pakai?
Mak: (terlopong mendengar soalan anak die yang baru darjah satu tu) Mak bukan tak nak pakai,tapi mak
         tak dapat petunjuk lagi.
Ina: (just angguk kepale) ok,tapi nanti mak kene pakai tudung jugak,baru lawa.




Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum…
J,,,pernah terjadi x conversation kat atas tu dalam family korang???
Kalau tak pernah maknanya mungkin mak korang atau adik or kakak korang okay la tu…
(kena selalu husnuzon)
Apabila seseorang bertanya “awat hang tak pakai tudung wei?!” orang biasa akan balas macam ni,
“aku tak dapat petunjuk lagi wei”
“aku tak dapat hidayah lagi,tunggu la nanti”(padahal name dia hidayah J)
“nantilah aku pakai,kalau beramal tak ikhlas ustaz kata sia-sia.baik aku tak payah pakai”
Inilah jawapan-jawapan yang selalu kita dengar.Persoalannya,,,sampai bila nak bagi alasan macam ni?
sampai buah cempedak jadi nangka?sampai kucing bertanduk?nonsense…..
Orang cakap mereka tak nak berubah sebab tak dapat hidayah,,,
Ok,hidayah….
What is hidayah??Hidayah tu adalah petunjuk,,,
Macam mane nak dapat hidayah??Hidayah ni Allah yang bagi,,,
Firman Allah:

“…sesungguhnya kamilah yang memberi petunjuk”

al-lail:13

“ooo…patut lah aku tak berubah,,,Allah tak nak bagi hidayah kat aku.”
Macam tu pulak dah???Akak,adek kalu nak nak dapat 4.0 pointer macam mane?
“study la!!itu pun nak tanye…Ape lah kau ni.”
Hah!!!Same goes to hidayah…kita nak dpt 4.0 pointer punyela beria study,ni nak dapat hidayah Allah kenapa tak nak bersungguh?Nak dapat hidayah Allah pun kena berusaha jugak lah…Mane ade orang nak bagi percuma…nak masuk toilet pun sekarang ni kene 30 sen…
Allah akan memberi hidayahnya kepada sesiapa yang menginginkannya.Kalau kita berusaha nak dapatkan hidayah,,,masakan Allah tak bagi..Masakan Allah naktolak ‘effort’ yang kita buat…Allah sayang akan hamba-hambanya.

Firman Allah:

Sungguh engkau tidak dapat memberi hidayah(petunjuk) kepada orang yang engkau kasihi; tetapi Allah memberi hidayah(petunjuk) kepada kepada sesiapa yang Dia kehendaki; Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima hidayah(petunjuk).”

Al-qasas:56

Jadi,nak mendapatkan hidayah tu kita kena lah usaha sikit…
Tapi bukanlah bermaksud kita kena transform 360 darjah dalam masa sehari,kita bukannya robot,kita cuma seorang insan yang lemah.So,buat perlahan-lahan,slow and steady…Allah tetap menyukainya walupun benda tu dibuat secara perlahan-lahan tetapi berterusan,ISTIQOMAH!

Banyakkan berdoa pada Allah.sesungguhnya,,Allah itu maha mendengar lagi maha pemberi

Allah berfirman:

”Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku Perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang -orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

 Al-Ghafir: 60




So,jangan bagi alasan lagi tak dapat hidayah…
“tapi kalu tak ikhlas macam mane?Ustaz kate sia-sia kalu amalan yang kita buat jika tak ikhlas”
Errrmmmm….
Yang ni macam mane nak kate,saye bagi satu contoh,dulu korang waktu mula-mula nak solat macam mane?Kena paksa dirikan?Haaaaa….same goes for this time…Kena paksa lah sikit diri tu.Lama-lama kita akan melakukanya kerana Allah,,,Allah akan nilai segala usaha kita itu..Insyaallah

Jadi,adik-adik,kakak-kakak,ibu-ibu,opah-opah,,,
Mari berubah,,berubah untuk mencari mardhatillah,redha allah,,,
kerana itulah tujuan kita hidup di bumi ini,,untuk mencaoai keredhaan Allah..

Just a simple reminder from me,
ABDULLAH,HAMBA ALLAH…

Azwan_1wan,number _1 is silent

Saturday 30 June 2012

KHALIFAH ATAU BABI?!




Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum ikhwah…

Khalifah atau babi?
Kenapa tajuk kali ni agak kasar bunyinya?Sebenarnya tidaklah kasar mana tajuk ini.Mungkin sesetengah daripada kamu menganggap perkataan babi itu tidak sesuai.Mungkin juga.Tapi sebenarnya itu semua adalah daripada ‘mindset’ kita yang telah menyimpan memori bahawa babi itu merupakan seekor binatang yang hina.Oleh sebab itu,segala perkara yang berkaitan dengan babi turut menjadi hina.Lihat betapa rendahnya martabat seekor babi itu,sehinggakan semua perkara yang berkaitan dengan haiwan haram itu walaupun sekadar perkataan turut menjadi hina.

Sebenarnya bukanlah niat saya mahu menghuraikan tentang babi ini dengan lebih lanjut.Tetapi saya ingin berkongsi sedikit bahawa manusia seperti kita boleh menjadi seekor babi.

Manusia seperti saya dan anda semua merupakan satu ciptaan yang menarik.Kita semua adalah sebaik-baik ciptaan.Oleh sebab itulah Allah telah menciptakan utusan-utusannya daripada kalangan kita iaitu daripada golongan manusia.Allah tidak pernah menciptakan nabi ataupun rasul daripada golongan jin mahupun binatang.Allah juga mengangkat lagi darjat manusia dengan menjadikan manusia seperti kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini.Tetapi persoalannya,adakah kita layak untuk mendapat ‘title’ khalifah?Adakah dengan segala perbuatan yang kita lakukan selama ini layak diberi pengiktirafan sebagai khalifah?Adakah ‘level’ kita sudah mencapai ‘level’ seorang khalifah?

Jawapannya adalah ya!Ya jika manusia itu melakukan amal soleh.Ya jika manusia itu melakukan amal makruf nahi munkarYa jika manusia itu masih berpegang pada segala suruhan Al-Kaliq.Ya jika kita masih berpegang pada sunnah-sunnah rasul kita.Ya jika kita masih tahu membezakan antara perkara-perkara yang hak dan batil.



  

Bagaimana pula dengan golongan-golongan yang tidak melakukan semua perkara tersebut?Adakah dia masih dikira sebagai khalifah kerana mereka juga seorang manusia?

Allah berfirman;
dan sesungguhnya kami jadikan isi api neraka jahanam,kebanyakan jin dan manusia,mereka diberikan hati tetapi tidak digunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai”
                                                                                             al-a’raf;179

“perumpamaan orang yang diberi tugas membawa taurat,kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai-keldai yang membawa buku-buku yang tebal…”
                                                                                             al-jumua’h;5

Nah!Allah telah menempelak insan-insan ini sehina-hinanya.Allah telah meletakkan taraf mereka ditempat haiwan ternakan,bahkan labih hina daripada itu.Oleh itu,jawapan bagi soalan itu sudah tentunya tidak.Mana mungkin orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar menjadi khalifah.Mana mungkin orang-orang yang mensia-siakan hidupnya menjadi khalifah.Mana mungkin orang yang tidak mempertahankan agamnya menjadi khalifah melainkan mereka ini bertaubat dan memohon keampunan pada Allah.

Allah telah menyatakan bahawa insan-insan yang tidak menghargai segala pemberiannya dengan menghayati,mndengar dan mengambil tahu tentang agamanya adalah seperti haiwan ternakan,bahkan lebih teruk.Salah satu daripada haiwan ternakan itu ialah babi.Hah?!Adakah mereka sehina itu?Renungkan ikhwah sekalian.

Mari lihat ‘statement’ di bawah;
manusia dilahirkan,babi juga dilahirkan
manusia menyusu,babi juga menyusu
manusia makan,babi juga makan
manusia tidur,babi juga tidur
manusia berkahwin,babi juga berkahwin
manusia memikirkan tentang islam,babi tidak memikirkan tentang islam

Semua perbuatan yang manusia lakukan,babi juga lakukan.Tetapi hanya satu perkara babi tidak pernah lakukan iaitu memikirkan tentang islam.Jadi Orang yang tidak pernah memikirkan tentang agama Islam ini tidak layaklah kita untuk meletakkan tarafnya sebagai seorang khalifah tetapi tarafnya sama seperti seekor babi.

Jadi ikhwah sekalian,yang mana satu anda semua mahukan?
menjadi seorang khalifah atau menjadi seekor babi?
menjadi khalifah yang dicintai fi qalbi atau babi yang sentiasa dikeji?
Renungkan ikhwah sekalian….

Az_1wan,number_1 is silent

Friday 8 June 2012

BerNIatlaH



“Sesungguhnya sesuatu perkara itu bermula dengan niat…”




Pernah dengar potongan hadis ini?
Hadis ini murupakan hadis pertama dalam susunan hadis 40 yang dikarang oleh Imam Nawawi yang merupakan pengasas kepada mazhab Imam Nawawi.

Sesetengah orang menyatakan niat itu tidak penting.Ikhlas atau tidak asalkan kerja siap.Tetapi bagi ana kenyataan itu salah sama sekali.Adakah niat itu penting?Ya…Dalam Islam niat memainkan faktor utama dalam sesuatu ibadah.Masakan ibadah kita akan diterima pakai jika niat kita tidak ikhlas?Masakan ibadah kita dipandang Allah jika kita melakukan sesuatu ibadah hanya untuk mendapatkan pujian?Masakan ibadah akan diangkat Allah ke a’rasynya jika ibadah itu dilaksanakan hanyalah kerana untuk berbangga?Sebenarnya niat itulah yang menjadi kayu pengukur pertama untuk menguji keikhlasan seseorang hamba itu terhadap rabb kita.





Sebenarnya bukan dalam beribadah sahaja yang memerlukan niat.Semua perbuatan,pekerjaan serta tindakan yang kita lakukan memerlukan niat.Kenapa ana kata begitu?Tanpa niat yang betul masakan kita mampu melaksanakan tugas dengan betul.Sebagai contoh,dahulu jika tiba waktu biologi automatik dalam hati ana selalu terlintas bila masuk je makmal mahu tidur,padahal pada asalnya mahu belajar.Disebabkan niat yang tidak betul tadi,ana memang tidak boleh belajar dan akan merasa mengantuk.Nah…Itulah buktinya penangan niat.Hanya sedikit sahaja lari dari niat yang asal,segala-galanya berubah.

“Ooo…kalu macam tu setiap perbuatan yang jahat boleh diniatkan menjadi baik?”

Mungkin soalan ini akan diajukan pula.Ingat.Niat tidak meghalalkan cara.Jika sesuatu perkara itu secara fitrahnya tidak dibenarkan ataupun diharamkan,walau kita niat ke arah kebaikan sekalipun ianya tetap tidak boleh.Seperti cerita Robin Hood yang memperjuangkan hak rakyat.Dia memulangkan semua wang rakyat daripada seorang pemerintah yang zalim.Ya.Kita Nampak perbuatan Robin Hood itu sungguh murni.Tetapi,jika kita telusuri kisahnya dengan betul dia mengembalikan kesemua wang itu dengan mencurinya daripada pemerintah tersebut.Walaupun niat dia murni tetapi disebalik kemurniaan hatinya itu masih tersepit dengan kemungkaran.Jadi buat apa kita mahu melakukan kebaikan disebalik kemungkaran.SIa-sia sahajalah perbuatan kita itu.

Jom…
Kita perbetulkan niat.
Ikhlaskan segala perbuatan kita hanya kerana DIA.Setiap perbuatan yang diniatkan hanya kerana mencari keredhaan Allah,insyaallah akan dikira sebagai satu ibadah.
Mari,mari bersama kita berniat.
Mari bersama kita Ikhlaskan niat.



AZ_1WAN,number _1 is silent

Thursday 7 June 2012

tak kenal maka taa'ruf

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM…
ASSALAMUALAIKUM…
Tak kenal maka tak cinta”
Ungkapan ini biasa kita dengar sebagai madah permulaan dalam satu perkenalan.Ya,benar apa yang diungkapkan itu.Tapi,sebelum nak bercinta perlulah berkenal dahulu.

“Tak kenal maka taa’ruf”
Haaaa…Ini barulah betul.Kalu tak kenal masakan boleh bercinta.Kalu tak kenal masakan boleh bercanda.Jadi mari kita bertaa’ruf.Nama diberi Muhammad Azwan Hussaini B. Jamaluddin.Dilahirkan sebagai seorang hamba pada 11 Mei 1994 @ 1 Zulhijjah (tahun x ingat).Alhamdulillah dilahirkan dalam keluarga muslim dan insyaallah ana akan terus menjadi seorang muslim yang mu’min.Mula persekolahan di Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir,Sitiawan
dan menyambung di peringkat menengah di SBP Integrasi Gopeng.
Itulah serba sedikit yang mampu ana ceritakan.







Ana mempunyai satu impian yang tinggi.Impian yang seharusnya dimiliki oleh semua yang bergelar muslim sebenarnya.Ana ingin menjadi seorang muslim yang mu’min yang mampu meneruskan serta memperjuangkan dakwah islamiah.Sebenarnya siapa yang memperjuangkan serta menegakkan addeen kita ini,akan mendapat keuntungan yang banyak.Ini kerana rasulullah pernah menyebut bahawa agama islam ini datang pada mulanya secara dagang dan di hujungnya secara dagang dan beruntunglah kepada sesiapa yang berada pada zaman ini.Nah,rasulullah sendiri yang bersabda siapa yang perjuangkan islam itu sebenarnya  beruntung.Tetapi,perlulah dengan hati yang ikhlas.

Sabda rasulullah;


SETIAP PERKARA DIMULAKAN DENGAN NIAT…” 


Jika perjuangkan agama yang diredhai Allah ini dengan ikhlas barulah kita mendapat pahalanya.Jika tidak,sia-sia sahajalah perjuangan yang dilakukan.Oleh itu,ana cuba untuk menjadi seorang pejuang agama yang ikhlas agar segala perjuangan akan mendapat balasan syurga.Insyaallah..

Melalui blog CINTA FI QALBI ini insyaallah ana akan cuba menjadikannya salah satu medium untuk ana memperjuangkan addeen ini.Ana akan cuba berkongsi dengan antum semua mengenai islam walaupun ana hanya insan biasa.

SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU SATU AYAT”
Kata-kata rasulullah diatas inilah akan sentiasa menjadi inspirasi ana untuk menjadikan blog ini sebagai salah satu medium dakwah ana.Insyaallah…

Az_1wan, number _1 is silent.