Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Saturday, 30 June 2012

KHALIFAH ATAU BABI?!




Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum ikhwah…

Khalifah atau babi?
Kenapa tajuk kali ni agak kasar bunyinya?Sebenarnya tidaklah kasar mana tajuk ini.Mungkin sesetengah daripada kamu menganggap perkataan babi itu tidak sesuai.Mungkin juga.Tapi sebenarnya itu semua adalah daripada ‘mindset’ kita yang telah menyimpan memori bahawa babi itu merupakan seekor binatang yang hina.Oleh sebab itu,segala perkara yang berkaitan dengan babi turut menjadi hina.Lihat betapa rendahnya martabat seekor babi itu,sehinggakan semua perkara yang berkaitan dengan haiwan haram itu walaupun sekadar perkataan turut menjadi hina.

Sebenarnya bukanlah niat saya mahu menghuraikan tentang babi ini dengan lebih lanjut.Tetapi saya ingin berkongsi sedikit bahawa manusia seperti kita boleh menjadi seekor babi.

Manusia seperti saya dan anda semua merupakan satu ciptaan yang menarik.Kita semua adalah sebaik-baik ciptaan.Oleh sebab itulah Allah telah menciptakan utusan-utusannya daripada kalangan kita iaitu daripada golongan manusia.Allah tidak pernah menciptakan nabi ataupun rasul daripada golongan jin mahupun binatang.Allah juga mengangkat lagi darjat manusia dengan menjadikan manusia seperti kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini.Tetapi persoalannya,adakah kita layak untuk mendapat ‘title’ khalifah?Adakah dengan segala perbuatan yang kita lakukan selama ini layak diberi pengiktirafan sebagai khalifah?Adakah ‘level’ kita sudah mencapai ‘level’ seorang khalifah?

Jawapannya adalah ya!Ya jika manusia itu melakukan amal soleh.Ya jika manusia itu melakukan amal makruf nahi munkarYa jika manusia itu masih berpegang pada segala suruhan Al-Kaliq.Ya jika kita masih berpegang pada sunnah-sunnah rasul kita.Ya jika kita masih tahu membezakan antara perkara-perkara yang hak dan batil.



  

Bagaimana pula dengan golongan-golongan yang tidak melakukan semua perkara tersebut?Adakah dia masih dikira sebagai khalifah kerana mereka juga seorang manusia?

Allah berfirman;
dan sesungguhnya kami jadikan isi api neraka jahanam,kebanyakan jin dan manusia,mereka diberikan hati tetapi tidak digunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai”
                                                                                             al-a’raf;179

“perumpamaan orang yang diberi tugas membawa taurat,kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai-keldai yang membawa buku-buku yang tebal…”
                                                                                             al-jumua’h;5

Nah!Allah telah menempelak insan-insan ini sehina-hinanya.Allah telah meletakkan taraf mereka ditempat haiwan ternakan,bahkan labih hina daripada itu.Oleh itu,jawapan bagi soalan itu sudah tentunya tidak.Mana mungkin orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar menjadi khalifah.Mana mungkin orang-orang yang mensia-siakan hidupnya menjadi khalifah.Mana mungkin orang yang tidak mempertahankan agamnya menjadi khalifah melainkan mereka ini bertaubat dan memohon keampunan pada Allah.

Allah telah menyatakan bahawa insan-insan yang tidak menghargai segala pemberiannya dengan menghayati,mndengar dan mengambil tahu tentang agamanya adalah seperti haiwan ternakan,bahkan lebih teruk.Salah satu daripada haiwan ternakan itu ialah babi.Hah?!Adakah mereka sehina itu?Renungkan ikhwah sekalian.

Mari lihat ‘statement’ di bawah;
manusia dilahirkan,babi juga dilahirkan
manusia menyusu,babi juga menyusu
manusia makan,babi juga makan
manusia tidur,babi juga tidur
manusia berkahwin,babi juga berkahwin
manusia memikirkan tentang islam,babi tidak memikirkan tentang islam

Semua perbuatan yang manusia lakukan,babi juga lakukan.Tetapi hanya satu perkara babi tidak pernah lakukan iaitu memikirkan tentang islam.Jadi Orang yang tidak pernah memikirkan tentang agama Islam ini tidak layaklah kita untuk meletakkan tarafnya sebagai seorang khalifah tetapi tarafnya sama seperti seekor babi.

Jadi ikhwah sekalian,yang mana satu anda semua mahukan?
menjadi seorang khalifah atau menjadi seekor babi?
menjadi khalifah yang dicintai fi qalbi atau babi yang sentiasa dikeji?
Renungkan ikhwah sekalian….

Az_1wan,number_1 is silent

Friday, 8 June 2012

BerNIatlaH



“Sesungguhnya sesuatu perkara itu bermula dengan niat…”




Pernah dengar potongan hadis ini?
Hadis ini murupakan hadis pertama dalam susunan hadis 40 yang dikarang oleh Imam Nawawi yang merupakan pengasas kepada mazhab Imam Nawawi.

Sesetengah orang menyatakan niat itu tidak penting.Ikhlas atau tidak asalkan kerja siap.Tetapi bagi ana kenyataan itu salah sama sekali.Adakah niat itu penting?Ya…Dalam Islam niat memainkan faktor utama dalam sesuatu ibadah.Masakan ibadah kita akan diterima pakai jika niat kita tidak ikhlas?Masakan ibadah kita dipandang Allah jika kita melakukan sesuatu ibadah hanya untuk mendapatkan pujian?Masakan ibadah akan diangkat Allah ke a’rasynya jika ibadah itu dilaksanakan hanyalah kerana untuk berbangga?Sebenarnya niat itulah yang menjadi kayu pengukur pertama untuk menguji keikhlasan seseorang hamba itu terhadap rabb kita.





Sebenarnya bukan dalam beribadah sahaja yang memerlukan niat.Semua perbuatan,pekerjaan serta tindakan yang kita lakukan memerlukan niat.Kenapa ana kata begitu?Tanpa niat yang betul masakan kita mampu melaksanakan tugas dengan betul.Sebagai contoh,dahulu jika tiba waktu biologi automatik dalam hati ana selalu terlintas bila masuk je makmal mahu tidur,padahal pada asalnya mahu belajar.Disebabkan niat yang tidak betul tadi,ana memang tidak boleh belajar dan akan merasa mengantuk.Nah…Itulah buktinya penangan niat.Hanya sedikit sahaja lari dari niat yang asal,segala-galanya berubah.

“Ooo…kalu macam tu setiap perbuatan yang jahat boleh diniatkan menjadi baik?”

Mungkin soalan ini akan diajukan pula.Ingat.Niat tidak meghalalkan cara.Jika sesuatu perkara itu secara fitrahnya tidak dibenarkan ataupun diharamkan,walau kita niat ke arah kebaikan sekalipun ianya tetap tidak boleh.Seperti cerita Robin Hood yang memperjuangkan hak rakyat.Dia memulangkan semua wang rakyat daripada seorang pemerintah yang zalim.Ya.Kita Nampak perbuatan Robin Hood itu sungguh murni.Tetapi,jika kita telusuri kisahnya dengan betul dia mengembalikan kesemua wang itu dengan mencurinya daripada pemerintah tersebut.Walaupun niat dia murni tetapi disebalik kemurniaan hatinya itu masih tersepit dengan kemungkaran.Jadi buat apa kita mahu melakukan kebaikan disebalik kemungkaran.SIa-sia sahajalah perbuatan kita itu.

Jom…
Kita perbetulkan niat.
Ikhlaskan segala perbuatan kita hanya kerana DIA.Setiap perbuatan yang diniatkan hanya kerana mencari keredhaan Allah,insyaallah akan dikira sebagai satu ibadah.
Mari,mari bersama kita berniat.
Mari bersama kita Ikhlaskan niat.



AZ_1WAN,number _1 is silent

Thursday, 7 June 2012

tak kenal maka taa'ruf

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM…
ASSALAMUALAIKUM…
Tak kenal maka tak cinta”
Ungkapan ini biasa kita dengar sebagai madah permulaan dalam satu perkenalan.Ya,benar apa yang diungkapkan itu.Tapi,sebelum nak bercinta perlulah berkenal dahulu.

“Tak kenal maka taa’ruf”
Haaaa…Ini barulah betul.Kalu tak kenal masakan boleh bercinta.Kalu tak kenal masakan boleh bercanda.Jadi mari kita bertaa’ruf.Nama diberi Muhammad Azwan Hussaini B. Jamaluddin.Dilahirkan sebagai seorang hamba pada 11 Mei 1994 @ 1 Zulhijjah (tahun x ingat).Alhamdulillah dilahirkan dalam keluarga muslim dan insyaallah ana akan terus menjadi seorang muslim yang mu’min.Mula persekolahan di Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir,Sitiawan
dan menyambung di peringkat menengah di SBP Integrasi Gopeng.
Itulah serba sedikit yang mampu ana ceritakan.







Ana mempunyai satu impian yang tinggi.Impian yang seharusnya dimiliki oleh semua yang bergelar muslim sebenarnya.Ana ingin menjadi seorang muslim yang mu’min yang mampu meneruskan serta memperjuangkan dakwah islamiah.Sebenarnya siapa yang memperjuangkan serta menegakkan addeen kita ini,akan mendapat keuntungan yang banyak.Ini kerana rasulullah pernah menyebut bahawa agama islam ini datang pada mulanya secara dagang dan di hujungnya secara dagang dan beruntunglah kepada sesiapa yang berada pada zaman ini.Nah,rasulullah sendiri yang bersabda siapa yang perjuangkan islam itu sebenarnya  beruntung.Tetapi,perlulah dengan hati yang ikhlas.

Sabda rasulullah;


SETIAP PERKARA DIMULAKAN DENGAN NIAT…” 


Jika perjuangkan agama yang diredhai Allah ini dengan ikhlas barulah kita mendapat pahalanya.Jika tidak,sia-sia sahajalah perjuangan yang dilakukan.Oleh itu,ana cuba untuk menjadi seorang pejuang agama yang ikhlas agar segala perjuangan akan mendapat balasan syurga.Insyaallah..

Melalui blog CINTA FI QALBI ini insyaallah ana akan cuba menjadikannya salah satu medium untuk ana memperjuangkan addeen ini.Ana akan cuba berkongsi dengan antum semua mengenai islam walaupun ana hanya insan biasa.

SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU SATU AYAT”
Kata-kata rasulullah diatas inilah akan sentiasa menjadi inspirasi ana untuk menjadikan blog ini sebagai salah satu medium dakwah ana.Insyaallah…

Az_1wan, number _1 is silent.