Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Monday 20 May 2013

Kembara Cinta Danny : E1


Kelas 4R bising. Ya, bising seperti biasa. Ramai cikgu-cikgu yang turut ‘bising’ dengan kebisingan kelas itu. Tapi apakan daya, kelas yang bising inilah rata-rata isi perutnya terdiri dari pelajar-pelajar yang selalu menjulang nama sekolah.

“Assalamualaikum cikgu!!!!” Syahmi memberi salam awal kepada Cikgu Fazilawati yang masuk untuk mengajar add maths lantas diikut oleh semua pelajar kelas 4R.

“Waalaikumsalam semua, sila duduk. Hari ni akan ada pelajar baru masuk kelas korang semua. So, jangan sombong-sombong pulak dengan budak tu nanti ye” Cikgu Fazilawati mulakan ucapannya berbasi-basi.

Pelajar-pelajar lelaki mula bisinig, berbisik sesama sendiri. Pelajar-pelajar perempuan pula mula mencuit sana sini dan mula tidak senang duduknya. Mungkin kerana takut kedudukan mereka yang ala-ala diva tu akan terjejas. Mungkin.

Selepas nampak agak  reda level kebisingannya, Cikgu Fazilawati mulakan pengajarannya. Dia mula menulis formula-formula add maths yang baru di white board. Tanpa melihat buku dan sebarang rujukan, dia mampu menulis segala formula add maths yang bakal dia ajar dengan begitu pantas. Dalam hati, Danial mengkagumi cikgu add mathnya itu.

“Tuk!Tuk!Tuk!” pintu diketuk. Suasana kaget. Diam segalanya.

“Assalamualaikum cikgu. Minta maaf ganggu”

“Waalaikumsalam. Oh kamu. Tak pa. mai masuk” Cikgu Fazilawati menyapa pelajar perempuan itu masuk.

“Ok guys, as I told you before this is the new student. Jom kita buli dia. Hehehehee. Miss fadhilah please introduce yourself to us before you take your sit” Ayat CIkgu Fazilawati agak mengerikan. Buli. Kerut sedikit muka fadhliah.

“Assalamualaikum. Hye guys! I’m Fadhilah Bt. Syamsudin but you guys can call me Fadh. F.A.D.H. Fadh.”
Sedikit tawa kedengaran. Mungkin reaksi itu ditujukan kepada tindakan Fadhilah yang mengeja namanya itu.

“Hehehehe. Sorry. And saye dulu sekolah dekat-dekat sini juga. Dekat Sekolah Agama Perempuan Ipoh. So, that’s all from me”

Fadhilah mula langkahnya dengan bergaya. Bahasa rojak. English plus dengan Bahasa Malaysia. Terlopong semua mulut-mulut pelarjar dalam kelas 4R. Terkejut mungkin. Cikgu Fazilawati teruskan niatnya yang terbantut tadi. Dia mula meberi jalan penyelasaian untuk soalan-soalan add maths yang diajarnya.


.....


Danial, pendiam bersama perempuan tapi riang bukan kepalang bersama lelaki. Cukup berdisiplin. Guru-guru di sekolah sangat menyukainya. Mungkin kerana kredibiliti dia sebagai seorang pemimpin itu terserlah di mata guru-guru.

“Danny, malam ni hang ada apa-apa hal tak? Cikgu ingat nak ajak hang pi dengaq kuliah dekat masjid jamik depan tu.” Cikgu Sabri, guru maths memang rapat dengan danial. Walaupun mengajar maths, ilmu agamanya masih terisi di dalam hati

“Free kot cikgu. Nanti saya tengok schedule. Saya bagi taw cikgu nanti”


…..


“Allah jadikan kita ini saling berpasang-pasangan. Burung dengan burung, beruang dengan beruang. Ikan dengan ikan dan kita manusia of course dengan manusia. Allah telah berfirman dalam kitab suci-Nya,



“ dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah “
(QS Adz Dzariat : 49)


Firman Allah lagi,



“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan berpasang-pasangansemuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui”
 ( surah Yaasin : 36)


Nampak atau tidak? Sememangnya Kita sudah miliki pasangan kita masing-masing. Allah sendiri telah berfirman. Tapi masyarakat hari ni x sabaq-sabaq. Depa dah taw depa ada pasangan, depa gatai dok usung sana sini. Hat tu yang salah tu.”

Sedikit penjelasan dari ustaz yang bertugas memberi kuliah pada malam itu. Tajuk mungkin agak common utk dibincangkan, tapi bagi Danial ianya tetap ilmu.

Usai kuliah, Danial bergerak ke kereta meninggalkan ruang solat.. sekali dia terdengar suara yang sangat dia kenal. Danial mencari suara itu dan terpandang susuk tubuh empunya suara.  

Tudung labuh. Berjubah hitam. Berpurdah.

“tak mungkin dia, berpurdah? Takkan dia. Tapi suara 100% sama.” Monolog hati Danial. Ingin sahaja dia menegur pemilik suara itu, tapi itu hanya berlegar di ruang akalnya yang dia tahu tidak akan menjadi kenyataan..

Dengan 1001 satu persoalan dan tafsiran, Danial meninggalkan perempuan berpurdah itu. Baliknya dia ke asrama, dia perlu mengulang kaji untuk test keesokannya.

“adakah itu dia? Adakah itu dia? Fadh? Tak mungkin.”


Bersambung…


~cintafiqalbi~


Kembara Cinta Danny: Prolog
Kembara Cinta Danny : E2
Kembara Cinta Danny : E3
Kembara Cinta Danny : E4

No comments:

Post a Comment