Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Sunday, 19 May 2013

Black Swan





[kredit]




Suatu ketika, saya berjalan di sauatu kawasan.  Berehlah bersama teman-teman seperjuangan. Menghirup udara nyaman. Menikmati keindahan alam. Senyum. Syukur ya rabb,,

Satu detik, terpandang saya seekor swan hitam,

“akhi, cuba tengok swan tu. Nampak eligen kan?”

Ya, eligen.

Rata-rata manusia pada detik ini seperti swan hitam yang saya nampak tempoh hari.

Swan hitam itu tampak eligen mungkin kerana warnanya. Hitam. Berenang bersama pasangannya. Tampak rare disitu kerana mereka berdua sahaja yang berwarna hitam. Megah berenang ke sana ke mari tanpa mempedulikan itik-itik, white pelican dan segala jenis yang sama seperti Donald Duck serta Daisy Duck.. hehehehhe… swan hitam berenang dengan kemegahan, ego, mungkin ditambah sedikit dengan kebongkakan. Ya mungkin kerana warna hitam yang eligen itu.

Sama seperti manusia pada saat ini. Kenapa?

Manusia pada saat ini rata-ratanya hanya mengejar kekayaan serta pangkat atau nama. Mereka kata jika ada semua ini barulah dipandang tinggi masyarakat. Masyarakat sahaja? Allah bagaimana?

Errrkkkk…

Ya, apabila mereka peroleh segala bendasing ini, kebanyakan dari mereka sudah mula bersa diri mereka itu eligen. Tambah pula dapat gelaran dato’ seri dan automatiknya si isteri mendapat pangkat datin seri bertambah tambah- tambahlah rasa eligennya. Kalah matamatik tambahan penambahannya. Ehh.

Dengan segala mak nenek datuk pakcik yang dia ada tu, rasa eligen itu disertakan pula dengan rasa megah, dicampur pula dengan sedikit perencah riak dan akhirnya dimasukkan cincangan ego dalam diri.

Bau tak aroma masakan tu.hehehehe….

Kerana pangkat, manusia-manusia yang perasan akan dirinya itu eligen mereka sekarang sudah miliki sifat-sifat yang sepatutnya perlu dihindarkan. Kerana  rasa eligen tadi, mereka mula merasakan dunia ini mereka punya. Kerana sudah berkod hitam, mereka sangkakan masjid itu hanya untuk orang-ornag tua.  Kerana sudah peroleh gaji puluh ribuan mereka sangkakan derma itu perlu di bagi untuk mengangkat nama.

“ rilex la, nanti aku nak mampos aku pergi la masjid tu”

“alah u ni, x spoting langsung. Kita enjoy la dulu. Duit banyak nie”

Gasspppp!!!!

Dato’ seri datin seri, mati tak tau bila. Brother s sisters duit banyak kalau salah guna hilang barakah dia.

Nagis lelaju.

Manusia memang umpama swan hitam. Kenapa?

Kerana rasa eligen itu mereka bongkak, mereka ego, mereka  bangga kerana mereka anggap mereka golongan atasan. Tapi mereka lupa. Mereka lupa mungkin satu hari mereka akan kebulur. Mereka akan sakit. Mereka akan tua.

Swan hitam yang saya nampak tempoh hari, memang begitu eligen. Tapi bila sampai satu detik mereka datang kepada kami. Kerana apa? Kerana pada kami ada makanan mereka.

Dua ekeor swan hitam itu datang tanpa rasa malu, tanpa rasa segan datang meminta diberi makanan.Detik ini saya tersedar, ya sama seperti manusia. Sama.

Manusia, tika kebulur baru mencari tuannya iaitu TUHAN.

Manusia, tika jatuhnya baru mencari tuannya iaitu, TUHAN.

Manusia, tika jatuhnya baru memcari tuannya iaitu, TUHAN.

Nganga luas-luas.

Hilang sudah eligennya. Mana pergi ego, bangga, riak? Hilang sudah. Ooopppssss. Ya, tika berduit mereka kata apa itu tikar sejadah? Apa itu tasbih? Apa itu alquran. Tika rebah hilang duit, baru mereka kenal tikar sejadah untuk sujud dan menadah doa, baru tahu tasbih berzikir pada-Nya, baru mahu membaca surat cinta Illah.

Manusia. Sungguh manusia.

“kau rasa kenapa itik tu boleh berenang?”Soal akhi kepada saya. Agak –agak kenapa?

“sebab dia ada engine ka belakang dia”

“sebab dia ada kaki berselaput”

“sebab badan dia ringan”

Banyaknye jawapan.. hehehehe.. senang saja . apa ,au susah –susah fikir meyh

“sunnatullah”

Ya, itik-itik itu boleh berenang kerana itu ialah sunnatullah. Apa itu sunnatullah? Adakah ianya sejenis makanan yang dimakan oleh itik lantas dia mampu berenang? Atau mungkin ianya satu alat yang dipasangkan oleh manusia kepada itik itu? Atau juga satu transformasi yang di laksanakan oleh kerajaan untuk itik-itik satu Malaysia? Ehh.

Garu kepala laju-laju.

Hahhaha. Sunnatullah itu adalah ketetapan atau peraturan yang Allah telah berikan kepada setiap makhlok-Nya.

Ikan boleh berenang, daun-daun menghembuskan oksigen, bumi berputar pada paksi, manusia mampu makan, hujan akan turun bila cukup kandungan wap air dalam awan, baju akan kering bila kena pancaran mentari, bla blab la bla. hehehhe… itu semua sunnatullah.. Segala benda itu sudah diberi ketetapan olehnya dari Allah.

“Semua ciptaan Allah hidup mengikut sunnatullah.ikan boleh berenang, daun keluarkan oksigen dan tariuk oksigen, itik nie boleh berenang. Kalau kita tengok itu sunnatullah. Dan kalau kita sedar segala makhlok di bumi ini sunnatullah dia adalah untuk berbakti pada manusia. Kalau haiwan pun boleh ikut perintah Allah tetapi manusia tak boleh, maksudnya kita lebih teruk daripada haiwan lah kan?" –Akh Ajwad

Hingus dengan air mata turun laju-laju.

Ya. Jika kita telusuri betul-betul kita akan lihat Dia telah menetapkan makhlok-makhlok di muka bumi ini untuk manusia seperti kamu, saya, dia, dan kita semua. Kenapa?

Ikan untuk makanan kita.

Ayam untuk makanan kita.

Pokok-pokok mengeluarkan oksigen untuk kita.

Air untuk kita minum.

Tanah untuk kita bina rumah.

Nampak atau tidak? Itu semuanya sunnatullah. Tapi kita manusia apa pula aturannya? Apa pula ketetapannya? Apa pula sunnatullah nya?


“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah kepadaku.”
(QS Adz Zariyat : 56)


“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.
(QS Al-Baqarah : 30)


Khalifah juga hamba. Ya, itulah ketetapan bagi kita. Sebagai seorang pemimpin juga seorang ‘abid. Tapi berapa ramai yang mengikut sunnatullah ini. Berapa ramaikah yang mengikut ketetapan ini?

Apa yang mampu saya lihat dan katakan, kebanyakan manusia pada hari ini jauh terpesong dengan track yang sebenar. Ketetapan yang di beri tidak dieendah malah hendak dijeling juga rasa jelik.Sedangkan itik juga mengikut ketetapannya tapi kita, manusia sukar untuk mengikut ketetapan yang kita dapat Pelik.


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(al-A’raf, 7: 179 )


“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.”
(Al-Furqan, 25: 43-44)


Adakah kita mahu menjadi seperti swan hitam itu? Atau kita mahu mengikut sunnatullah kita? Renungkan…. Senyum.


~CintaFiQalbi~


1 comment: