Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Wednesday 27 February 2013

Sayonara Jahiliyah !!!! Welcome ya Hidayah


salam a'laik, semalam saya pergi satu daurah yang membincangkan bagaimana mahu menolong  serta membawa kembali diri kita dan anak2 usrah kita (masa bila aku bawak usrah ntah) daripada terus tenggelam dalam donia jahiliyah...
sekadar sedikit perkongsian dan nota  untuk saya dan teman2 semua ^^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terlalu lama mereka ditinggalkan hidup tanpa seorang nabi. Terlalu lama mereka hidup tanpa seorang petunjuk jalan. Terlalu lama mereka dibiarkan melakukan kesalahan. Itulah yang berlaku kepada bangsa arab dan bangsa-bangsa lain di dunia sebelum kedatangan utusan terakhir, MUHAMMAD IBNU ABDULLAH. Sepanjang waktu itulah mereka hidup dalam kegelapan (kalau ada cahaya pun macam lampu ayam je), kelam, kelabu dan seumpama warna dengannya. Sepanjang waktu itu jugalah mereka dikepung dengan kejahilan. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu adalah benar dan betul. Menjadikan latta dan uzza sebagai tuhan sembahan mereka walhal masih mempercayai kewujudan ilahi yang esa, Allah azzawajala.

Tapi, kedatangan baginda rasulullahtelah membuka hijab kejahilan itu sedikit demi sedikit. Sinar hidayah itu semakin menyinar hari demi hari hatta sudah mampu menawan 2/3 dunia sehingga ke andalus. Kejahilan itu sedikit demi sedikit semakin menipisdalam hidup mereka.

OOPPPPSS!!!!

Saya bukan nak bercerita mengenai sejarah. Ok, forward sikit. (tekan remote)
Hehehehe…. Panjang pulak bercerita sejarah jahiliyah org arab tu. Takpe, setidaknye refresh balik sejarah..hehehehe….

Ok, back to topic ^^…

Jahiliyah.
apa yang kita semua faham? Jahil? Yup. ‘JAHIL’… this word is too hard.  Mungkin setengah orang akan cakap macam ini,

“jahil tu xdk ilmu bro, tu la jahil”

“kalau tak faham agama, jahil lah tu.”

Ermmmm….. betul juga pandangan mereka itu. Tapi apa yang nak saya perkatakan di sini, jahiliyah itu bukanlah sekadar tiada ilmu dan tak faham agama. Sebenarnya jahiliyah itu luas dan mungkin kita tak pernah perasan dan sedar akannya (aku pun tak perasan T.T).

Betul atau tidak jika saya katakan main PES,FIFA,COD itu juga jahiliyah?(kantoi la aku main,,heheh)
Betul atau tidak jika saya katakan tengok wayang itu masih jahiliyah?
Betul atau tidak jika saya katakan  mengumpat itu jahiliyah?
Betul atau tidak jika saya katakan menemplak orang itu juga jahiliyah?

Setuju? Tidak?
Tolonglah setuju…. (melutut smbil kepala tunduk ke bawah)..hehehe

Ok mari kita tengok kenapa saya katakana semua perkara tersebut sebagai satu jahiliyah. Kita tengok tika mana kita main all these games berapa kali kita akan main? Kalau 2 kali sehari ok lagi tapi kalau dah 2 jam lama woiii!!! Hehehe… tika kita main games pernah atau tidak kita comparekan masa main games dengan masa beribadah? 2 jam kita main game nak cover ngn solat 5 wktu pun belum tentu cukup lagi. Membuang masa hanya untuk perkara sia-sia, itu adalah jahiliyah yang masih ada dalam diri kita tanpa kita sedar. T,T

Kita tengok pulak pokcik-pokcik yang dok melepak kat kedai kopi cap kapal laut tu. Berjam-jam duduk dengan kopi secawan sambil main dam. Bersembang, gelak tawa berbahak-bahak. Berbincang tentang politik mengalahkan ahli dewan parlimen… agak-agak kamu semua, apa yang dibualkan sampai berjam-jam? Adakah itu perkara penting? Perbincangan yang diselitkan dengan hilai tawa yang macam ponti-anak , caci maki bagai… tidak kah itu perbuatan jahiliyah?


Pokcik-pokcik tengah main dam haji



Selam pulak dalam lautan manusia yang tengah sibuk beratur nak beli tiket wayang. Beli tiket wayang cerita ponti-anak dengan serigala separa manusia. Maghrib pukul 7 stgh, wayang start pukul 7 suku. Hah??!!! (garu kepala) burn maghrib depa… ok itu satu hal,,duduk dalam wayang duduk pulak sebelah makhlok yang bukan mahram. Kulit bertemu kulit. Mata tengok skrin hati terasa nikmat yang lain.. hah!!!! Apakah itu???  Burn solat, bersentuhan dengan bukan muhrim, tengok pulak cerita yang lagha.  Itu semua perbuatan jahiliyah bukan?

So, macam mana nak hilangkan jahiliyah ni? (susah woi!!!)

Yup,, susah memang susah… mana mungkin benda yang manis itu datang dengan mudah. Pejam mata buka balik dah dapat.. mana mungkin. nak makan nasi pun susah, kena basuh beras, tanak nasi, ambil pinggan, ceduk nasi baru boleh makan. Inikan pula mahu lari daripada jahiliyah ini.. T.T

Saye nak bawa satu kisah.

Satu hari seusai baginda rasulullah habis berceramah, seorang sahabat, Anzallah  keluar dari masjid nabawi teresak-esak. Habes keluar hingus hijau (ok,ni menambah). Tika Anzallah menanges, Abu Bakr ternampaklah beliau lantas Abu Bakr pun bertanya “kenapa kamu menanges wahai Anzallah?”

Anzallah menjawab, “aku rasa diriku munafik, tika mana aku bersama baginda Muhammad Rasulullah aku nampak syurga neraka, aku tahu pahala dosa. Tapi, tika mana aku bersama keluargaku, isteri dan anak-anak ku aku tidak lagi nampak semua itu bahkan hanya donia semata”

Abu Bakr terperanjat mendengar penjelasan daripada Anzallah. Beliau bawa Anzallah bertemu baginda nabi dan Anzallah ulang kembali apa yang dia jelaskan tadi.

“ruwaidan.. ruwaidan ya Anzallah.. bertenang.. bertenang wahai Anzallah.. slow and steady” nabi kata..

Ok, from this story, saye boleh concludekan 2 benda…

1. Jika kita mahu menjadi seorg yg baik kita perlulah mendampingi makhlok-makhlok Allah yang baik juga.

“jika kamu berkawan dengan si pebuat minyak atar, nescaya akan terlekat bau wanginya dan jika kamu berkawan dengan si tukang besi, pasti akan terlekat juga bau besinya pada kamu”


Mahu lari dari jahiliyah? Dampingilah makhlok-makhlok yang melakukan kerja-kerja rasulullah dan sahabat.

2. Perubahan itu bukan boleh berlaku dalam masa yang singkat.

“…ruwaidan… ruwaidan ya Anzallah..” rasulullah pun kata bagitu kepada Anzallah. Slow and steady =),,

tapi kita perlu ingat, perubahan itu perlu dilaksanakan dengan azam dan iktikad yang kuat. Tajdid kan niat balik.

Berubah dan merubahlah dengan segera.

Berubah. Kita perlu berubah dengan segera.itulah mindset yg perlu ada.kena segera dalam perubahan walaupun pergerakannya slow and steady.. yup.. that’s right..dalam mindset berubah dan merubah dengan segera inilah kita perlu buang segala kejahilan yang ada. Waktu inilah masanya untuk kita capai balik gula-gula iman yang manis tu (halawatul iman, lagi sedap dari cekelat daim tu ^^).

Dari Anas r.a. Nabi SAW bersabda: “Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”
(HR Bukhari)


Kita lihat balik kisah Anzallah tadi, bagaimana dia begitu takut lsehingga menyangka dia seorang munafik, walhal dia sahabat baginda nabi. Kita? Bagaimana pula? *PAAANNGGGGG!!!! Kan dah kena penampar..ouch!!

Insyaallah, jika kita teruskan niat untuk meninggalkan kejahilan itu, jika kita berusaha untuk mencapai zero jahiliyah, PASTI Allah azzawajal akan membantu kita.

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah,' kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan sorga yang telah dijanjikan kepadamu."
[Fussilat, 41:30]

Kita ini dijadikan di dunia ini hanya untuk 2 sebab, untuk menjadi abid (hamba abdi,, igt hg duktur, engineer baguih ka?) dan khalifah. Tapi, jika kita masih di dalam jahiliyah mampukah kita menjadi seorang hamba dan adakah kita mampu memikul tugas seorang khalifah? Mampukah kita mendapat 2 status itu? Adakah kitakhalifah atau babi yang melakukan semua perkara seperti kita yang Cuma mereka tidak memikirkan perihal agama dan tidak kisah jahiliyah ataw tidak?

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.
( Ayat 43 & 44 : Surah al-Furqaan )


"Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja." -Hamka.


So,,, mari kita ucapkan sayonara jahiliyah!!!! Bye bye jahiliyah !!! *lambai kat kejahilan dulu ^^
then, welcome cinta,cintafiqalbi =)


~cintafiqalbi~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

banyak juga benda yang aku kena betulkan ni,, even benda ni berat,insyaallah slow and steady. T.T,,,
bye2 jahiliyah


-

1 comment: