Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Saturday 6 April 2013

Couple itu gula-gula???




(kredit)




‘Couple itu indah’ ‘Couple itu manis’ ‘Couple itu seronok’. 

Membaca sahaja statement saya ini, pasti mat-mat jiwang karat bunga cendana tu tersenyum lebar, pasti minah-minah gedik meroyan dilamun cinta tak dapat tidur malam, pasti janda-janda berhias kat luar tu teringat si abang duda.hehehe…

Tapi kalau pak-pak imam,ostad-ostad,budak-budak BADAR sekolah baca statement saya itu, pasti mereka akan cakap macam ini,


“HARAM!!! Couple itu HARAM!!”

“Mana kamu belajar couple itu dibenarkan? Kamu ni dah terpesong jauh ni.”

“Eh,kamu ni jangan nak ajar benda yang bukan-bukan dekat sekolah saya”

Inilah 2 persepsi yang berbeza apabila mereka baca statement  saya itu. Hehehehe. Lawak pulak membayangkan keadaan yang berkemungkinan boleh berlaku ini. ^_^…

Actually pak ostad,pak imam,brother-brother BADAR and others yg seangkatan, saya bukanlah perkatakan couple yang ehem ehem itu. Itu saya pun tahu haramnya. Heeee…  Eh, kenapa  abang yang jiwang tadi tu bermuram durja, kenapa akak yang hangat bercinta itu tunduk masam mukanya, kenapa mak janda sebelah itu hempas kaki kuat-kuat?hehehee….

Apa yang kita lihat pada detik ini, couple atau bahasa sanskritnya adalah berpacaran telah menjadi satu fenomena atau mungkin ianya satu wabak yang mula menghasut hati-hati pemuda pemudi harapan agama. Cuba lihat di kota raya, jari tangan tambah pula jari kaki masih tidak cukup untuk menghitung makhlok-makhlok pluto yang berpacaran ini. Si lelaki berpegangan tangan dengan si perempuan. Si hawa memeluk pinggang si adam. Si  abang sasa menyuap mee goring cap ruski kepada si adik manja. Kalau tengok mereka semua ini, seolah-olah mereka bangga berkepit seperti belangkas itu. (aku rasa dah terlekat gam gajah la.hahaha)

Mereka kata mereka berpacaran ini atas dasar cinta dan kasih. Errrkkk…. Macam tu pulak? Saya pun bercinta juga, tapi takdak la saya nak berpacaran melekat umpama terlekat gam gajah. Saya pun bercinta juga tapi saya masih tahu apa batasnya, saya pun bercinta juga tapi takdak pula perlu berjumpa. (aku bercinta?ermmm…)

Abang, abang nak tahu tak? Actually abang boleh sahaja bercinta tapi tidak perlulah sampai berpacaran sampai kena berkepit 24/7. Tak perlu setiap weekend nak kena pergi dating dekat masa petak (time square). tak perlu semua itu abang oiiii...

“eleh, lepak la bro, budak tahfiz pun couple. Yang kau nak bising-bising ni apehal?”

Errrkkkk!!!

Itulah masalahnya. Bukan makhlok-makhlok asing yang datang dari planet Uranus ini sahaja yang couple, bahkan makhlok-makhlok yang ostad and ostadzah, tahfij and tahfijah to be ni  pun couple. (garu kepala)


Perkara-perkara sebegini  sepatutnya tak perlu berlaku pada anak-anak muda (pokcik-pokcik duda dengan akak-akak janda pun sama ye) terutamanya yang sedang berada dalam jalan tarbawi. Bukan mereka tidak tahu,bercouple atau berpacaran ini sememangnya tidak dibenarkan . setiap kali masuk dalam bulatan chenta, segi empat kasih, bujur berduri pasti abang-abang naqib and akak-akak naqibah pasti akan selitkan sedikit perkara ini.

“akhi, ana sayang sangatlah dekat ustazah itu. Kami cuma gerak qiamulail sama-sama”

Pengsan.

Aduh. Yang ini yang berat. Acah-acah islamik lah pulak.

Ya sheikh, even benda tu kamu nak bawa kearah islamik  x bermaksud benda tu sudah jadi halal. Ok let me give you one example.

Kalau Babi samak berkali-kali pun tetap haram dimakan kan?

“ini skrip lama, tukar-tukar”

Ok2, kita tukar.

Kalau arak, dituangkan ke dalam  air zamzam adakah ia akan menjadi halal utk diminum walaupun kadar untuk mabuk itu berkurangan? Tidak bukan?


Sabda nabi Muhammad,


“Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap yang memabukkan adalah haram.”
( Hadits riwayat Muslim)


See, walaupun perkara itu dicampur dengan perkara halal dang ingin menjadikannya halal, tidak sesekali ia mungkin mampu berubah kepada halal. Same goes dengan couple islamik korang tu. Sudah jelas perbuatan yang kalian buat itu haram, tetapi cuba diselitkan dengan perkara-perkara halal jawapannya tetap sama. Perkara yang batil tidak akan berubah menjadi yang hak.

“habis tu macam mana nak bercinta ni bro, itu tak boleh ini tak boleh. Primitif gila gila.memang dalam islam tak bagi bercinta ek?”

Ambuih,primitif hang cakap noh.
Siapa kata tidak boleh bercinta? Cinta itu fitrah. Mana mungkin fitrah yang sejak azali lagi terletak dalam hati itu mampu dihapuskan. Tapikan, bercinta dalam islam itu ada syaratnya. Itulah istimewanya islam ini.^^….



“…Maka cinta yang sebenar adalah hendak membawa ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya…”  –Hilal Asyraf


Ayat atas ini telah diungkapkan oleh saudara Hilal Asyraf di UiTM Puncak Alam. Cuba kita renung betul-betul ayat tersebut dan cuba memahaminya dengan baik. Kalau tak faham cuba untuk ulang balik bacaanya (dah macam nak mengahfal alquran), kalau masih tidak faham ganti otak yang baru.. hahaha.

Manusia pada era ini sering menifestasikan cinta mereka dengan berpacaran, berpegangan tangan, keluar dating, bercumbuan dan ada yang sanggup membiarkan mahkota berharga mereka dirampas oleh pasangannya. Itulah yang berlaku pada detik ini.


“…Maka cinta yang sebenar adalah hendak membawa ke syurga…”


Yup!!! Sampai ke syurga. Tetapi adakah dengan berpacaran, berpegangan tangan dan seumpanya itu mampu menjadi tiket atau kad ‘touch and go’ kita untuk ke syurga? Of course la tidak. Ianya cuma menjadi kredit kita untuk membuka pintu neraka yang dijaga oleh malaikat Malik a.s.

Hingus meleleh.

Tidak salah untuk kita bercinta sedangkan Allah juga bercinta dan juga miliki kekasihnya iaitu nabi Muhammad. Tidak salah bercinta kerana nabi Muhammad juga cinta akan umat-umatnya sehingga masih basah di bibir baginda bertanyakan perihal umatnya tika ajal semakin hampir dengan baginda rasulullah. Tidak salah bercinta kerana cinta itu datangnya dari hati dan ianya satu lumrah insani yang mahu menyayangi dan mahu disayangi.


“Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(QS Ali Imran 3:31)


Tetapi, bila cinta itu dimenifestasikan dengan perkara-perkara yang negatif, cinta yang asalnya suci menjadi hina, cinta yang asalnya fitrah menjadi fitnah. Adakah cinta itu bermaksud kita perlu contact manusia yang kita cinta 24/7? Adakah cinta itu kita perlu keluar dating dan berjumpa selalu? Adakah cinta itu perlu dizahirkan dengan ayat-ayat jiwang? (perghh,, padahal muka dewa dewi). Tidak perlu semua itu. Cukup dengan hanya mengikut syariat Allah cinta itu pasti menjadi lebih ohsem.

“… ala abang ni, tak spoting langsung la. Takkan nak  bagi hadiah pun tak boleh. Tak sweet la macam tu”

SWEET? (gula-gula?)

Apakah bila mana dikatakan memberi hadiah itu sesuatu perkara yang sweet or something yang kita nampak cool? Kalau jawapannya ‘YA’ kamu semua telah dikaburi oleh pengaruh barat sebenarnya. Tidak perlu menunjukan kita ini seorang yang cool or sweet dengan memberi hadiah bagai ni. Menjaga keimanan, mantapkan diri dengan ilmu, menjaga batas hubungan itu adalah sesuatu yang sweet dan cool sebenarnya. Bila mana kamu menjaga semua batasan ini, itu bermakna kamu sudah bersedia untuk bercinta sampai ke syurga. Ya sampai kesyurga.



(yang ni betul sweet couple, laki bini baca quran dalam ktm.sorry curi2 snap ^^)



“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(QS AL-Isra’ 17:32)


“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
(QS An-Nur: 3)


“Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, yaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang karena Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api neraka”
(H.R. Bukhari-Muslim)



“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan “
(Riwayat Al-Tabrani)


~cintafiqalbi~
...............................................

Lepas ni, habislah saye dipangkah oleh makhlok-makhlok dari Uranus yang sedang hangat bercouple tu. Minta maaf saya bukan calon PRU untuk dipangkah. Ehh!

8 comments:

  1. nice entry bro ... keep it up ...
    sangat bermanfaat ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah,,, syukran ukht.. insyaallah i will

      Delete
  2. dah mcm hilal asyraf... bagus isi dia.. trus kan bro.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran... mcm hilal asyraf? Subhanallah dia lgi qawiy turn :)

      Delete
  3. sempoi der... wa support lu.. wkwkw... single is simple couple is trouble...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikah solve the problemo like a boss keh2 =)

      Delete
    2. Counple will be a big trouble when manusia x salurkan dgn bail n x ikut syara' and yes marriage is the best choice to get better relationship...btw thanks for the support bro =)

      Delete
  4. syukran atas perkongsiannya...semoga terus istiqamah berdakwah untuk ummah...=)

    ReplyDelete