Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Sunday 17 March 2013

Manusia, gunakanlah masamu untuk Dia



Agak kasar rasanya kali ini. mungkin ada insan-insan yang akan menghantar pembunuh upahan kepada saya.. heeeee.. ampun pak ampun
_________________________________________________________________________________


Scroll down, scroll down, scroll down, click, click, open with new tab. Scroll down, scroll down, scroll down.

‘dunia dicipta untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat’

Hahahhaa… mesti pelik kan? Actually ayat atas ni saya jmpa waktu saya tengah scroll down baca blog. Then, saya terjumpa ayat ni. Menarik.

‘dunia dicipta untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat’

From this sentence apa yang kalian semua faham? Yup, dunia ini dicipta untuk akhirat, di mana manusia diletakkan ditengah-tengahnya untuk beribadat (ayat sahabat saya ni ^^).  Kita sebagai manusia tugasnya adalah untuk beribadat. Menjadi hamba, abid kepada rabb yang esa, Allah azzawajal.




“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”
[Surah Adz-Dzaariyat 51:56]




Kita ditugaskan untuk beribadat kepada Allah yang esa. Tapi apa yang kita lihat detik ini, manusia-manusia hanya beribadat atau lebih kasarnya menyembah buku-buku anatomi yang tebal, menyembah orang berlari (runningman),menyembah court futsal, menyembah game FIFA13, menyembah statu PAVILLION atau masa petak (time square). Dan ada juga insan-insan yang menyembah wang ringgit, menyembah kertas kerja dan banyak lagi sembahan selain pada rabb yang esa.

Mungkin ada yang marah dengan kenyataan saya ini. Mungkin ada yang ingin unfollow saya di twitter bila baca kenyataan yang saya buat itu. Mungkin juga ada insan-insan yang ingin menyepaikan badan saya dengan bom buatan sendiri setelah baca statement di atas. Persoalannya kenapa saya kata begitu? Kenapa?

KERANA!!!
Kerana manusia kini lebih menghabiskan waktu-waktu mereka dengan perkara-perkara yang saya sebutkan tadi. Manusia lebih takut akan perkara-perkara di atas daripada takut kepada rabb, Allah yang esa. Manusia lebih menyerahkan jiwa dan raganya kepada perihal sebegitu padahal untuk Dia sangat sedikit. Maka rugilah puak-puak ini.




“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh. Yang mengajak dengan kebaikan dan dengan kesabaran”
[Surah Al-Asr 103:1-3]





 
[ masa itu umpama pedang,masa itu umpama emas.
umpama apa lagi?alangkah pentingnya masa itu]

\

RUGINYA!!!!!

Ya! Rugilah manusia yang mensia-siakan masanya. Rugilah makhlok-makhlok yang tak tahu untuk membiarkan masanya dihabiskan untuk redha Allah. Rugilah insan-insan yang tidak beribadat pada-Nya.

Hitung balik hari-hari kita. Berapa lama kita sujud sembah pada Dia. Berapa lama kit abaca surat cinta Dia. Berapa lama kita bermanja-manja dengan Dia. Berapa lama kita dating dengan Dia.

Kalau kita lihat, manusia ini lebih gemar akan perkara-perkara yang belum pasti boleh dikecapi berbanding perkara-perkara yang dah pasti diperolehi. Misalnya, manusia gigih berusaha untuk capai kejayaan menggenggam segulung ijazah yang belum pasti dia peroleh. Tapi dia jarang sekali untuk berdoa untuk peroleh benda itu padahal Allah telah BERJANJI akan mengabulkan setiap doa. Allah telah BERJANJI. Ini membuktikan perkara itu pasti kita perolehi. Tapi berapa ramai yang bersungguh dalam perkara ini.


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

[surah Al-Baqarah 2:186]

Adakalanya bila makhlok-makhlok ini sudah capai kejayaan, habis hilang semua poertimbangan. Tanda kesyukuran itu diucapkan dengan kata-kata riak, takabbur, ujub. Tikar semayang nak jelling pun sudah tidak mahu inikan pula mahu duduk sujud.

Kita sebagai manusia, perlu mengimbangi antara dunia dan akhirat. Jangan terlalu taksub kepada dunia sehingga akhirat terlepas entah ke mana,, letakkan agama dan akhirat itu di hati mu, dan dunia itu di genggaman mu…

Ayuh bangkit, menjadi insan yang mencari redha-Nya, ayuh bangkit menjadi super muslim, ayuh bangkit untuk capai cinta-Nya.

~cintafiqalbi~

No comments:

Post a Comment