Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Sunday 8 July 2012

jom cari ILMU!!!



Bismillahirahmanirahim,,,
Assalamualaikum ikhwah,,,

Saya nak kongsi sikit salah silah kehidupan Imam Syafie dengan korang semua.Kenal tak siape Imam Syafie???Yup!!!thats right,,,beliaulah merupakan insan yang mengasaskan mazhab Syafie.

Imam as-Syafie rahimahullah lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafie. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana untuk menuntut ilmu. Di Makkah Imam as-Syafie memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu.





Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas, dan Imam as-Syafie dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut,beliau belajar dan menghafal Al-Muwatha’ hanya dalam masa sembilan malam sahaja,beliau telah diberi keizinan oleh gurunya untuk memberikan fatwa semasa umur 15 tahun lagi. Imam as-Syafie kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab Al-Muwattha’, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu Imam as-Syafie baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam as-Syafie sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai.Antara anak murid Imam As-Syafie ialah Imam Ahmad Bin Hambal Al-Syaibani,(Mazhab Hambali).

Subhanallah,,,dasyat sungguh Imam Syafie,,,
15 tahun dah boleh bagi keluar fatwa sendiri.Dasyat!!!
kalau kita,15 tahun pun belum tentu khatam aAl-quran,,,,
Kenapa beliau mampu menjadi seorang insan yang begitu HEBAT?
Kenapa beliau mampu menjadi seorang insan yang begitu MANTAP?
kenapa beliau mampu menjadi seorang insan yang begitu DIHORMATI?
HAAAAAA,.,,,,,jawab le kengkawan ku,,,,

“kenapa ek?!”sambil menggaru kepale yang x berape nak gatal,,,ade kutu ke derrrr??!!
Tak payah nak garu sangatlah kepale tu,,,

Jawapannya adalah,,,,jeng,jeng,jeng
Sebab beliau ade ILMU!!!!!!
Haaaa,,itulah jawapannya,,
Imam Syafie mampu menjadi seorang yang disegani hanya kerana beliau memiliki ILMU,,,
Umur 10 tahun dah gi belajar dengan mufti,,,bukan calang-calang cikgu die jumpa,,Korang ade?
Heeeee~
aku un tak dak gak,,

“Eleh!Dia keturunan nabi,,boleh la,Aku ni anak melayu+pakistan,,memang la tak boleh nak jadi macam dia!”

What a …. statement,,,
Ni la alasan yang korang selalu bagi,,,nonsense!!
Kalau nak cakap Imam Syafie pandai sebab dia keturunan nabi,,,korang bukan keturunan nabi??
Kita semua ni wujud selepas kewujudan nabi Adam a.s….Kalau nabi Adam a.s. tak dak,,mana mungkin kita semua ada,,so,,that’s mean kita pun keturunan nabi la,,,ape lagi alasan yang korang nak bagi??

ILMU!!!
Sebenarnya kita semua perlu memiliki ilmu,,,
mana mungkin tanpa ilmu kita boleh melakukan solat,
mana mungkin tanpa ilmu kita berpuasa,
mana mungkin tanpa ilmu kita kita mempercayai akhirat,,
so,,,ILMU nie sangatlah penting,,

Sabda nabi Muhammad S.A.W:

“Menuntut ilmu wajib ke atas setiap orang islam”

See,,,
Kita sebagai umat nabi terakhir telah diwajibkan menuntut ilmu,,,
kerana apa?kerana,,,,hanya dengan ILMU sahaja yang dapat menjadikan seorang insan mengerti apa itu erti ISLAM,,
bila sudah tahu apa itu islam,,baru mudah untuk mengikuti segala syariaatnya,,
J

“tuntulah ilmu sampai ke negeri cina”

Pujangga arab pernah mengeluarkan kata-kata ini,,,
Kata-kata ini menunjukkan bahawa,,,nak menuntu ilmu ni,tak kisahlah ke mane sahaja,,carilah ilmu walaupun tempat itu terlalu jauh,,,
Imam syafie pun sanggup berpindah randah mencari ilmu,,takkan laaa kita tak mampu,,,
Berhijrahlah mencari ILMU kerana Allah,,,

Allah berfirman:

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”Annisa:100


Nampak tak??Allah akan bagi kita rezki yang banyak jika kita berhijrah kerana Nya,,,
Ape tunggu lagi,,
Tak kisah kat mane kita nak pergi,
UK??
IRELAND??
US??
JORDAN??
MESIR??
GMI??
<==heeeee~~nie tempat belajar aku,,
Tak kisah kat mane pun,,selagi niat kita betul,,menadah ILMU kerana Allah,,
insyaallah,,,Allah akan memberkatin serta mempermudahkan segala urusan korang….


So???Ape tunggu lagi,,,JOM cari ILMU,,,
JOM cari ILMU kat atas dunia ni,,
agar kita Berjaya di dunie dan AKHIRAT,,
JOM IKHWAH!!!!!
JOM CARI ILMU!!!
JOM MENCINTAI ILMU!!!<3


az_1wan,number _1 is silent,,,

No comments:

Post a Comment