Allah berfirman;

"Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang cinta-mencintai kerana aku,saling kunjung-mengunjungi kerana aku dan saling memberi kerana aku"

Hadis Qudsi

Saturday 30 June 2012

KHALIFAH ATAU BABI?!




Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum ikhwah…

Khalifah atau babi?
Kenapa tajuk kali ni agak kasar bunyinya?Sebenarnya tidaklah kasar mana tajuk ini.Mungkin sesetengah daripada kamu menganggap perkataan babi itu tidak sesuai.Mungkin juga.Tapi sebenarnya itu semua adalah daripada ‘mindset’ kita yang telah menyimpan memori bahawa babi itu merupakan seekor binatang yang hina.Oleh sebab itu,segala perkara yang berkaitan dengan babi turut menjadi hina.Lihat betapa rendahnya martabat seekor babi itu,sehinggakan semua perkara yang berkaitan dengan haiwan haram itu walaupun sekadar perkataan turut menjadi hina.

Sebenarnya bukanlah niat saya mahu menghuraikan tentang babi ini dengan lebih lanjut.Tetapi saya ingin berkongsi sedikit bahawa manusia seperti kita boleh menjadi seekor babi.

Manusia seperti saya dan anda semua merupakan satu ciptaan yang menarik.Kita semua adalah sebaik-baik ciptaan.Oleh sebab itulah Allah telah menciptakan utusan-utusannya daripada kalangan kita iaitu daripada golongan manusia.Allah tidak pernah menciptakan nabi ataupun rasul daripada golongan jin mahupun binatang.Allah juga mengangkat lagi darjat manusia dengan menjadikan manusia seperti kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini.Tetapi persoalannya,adakah kita layak untuk mendapat ‘title’ khalifah?Adakah dengan segala perbuatan yang kita lakukan selama ini layak diberi pengiktirafan sebagai khalifah?Adakah ‘level’ kita sudah mencapai ‘level’ seorang khalifah?

Jawapannya adalah ya!Ya jika manusia itu melakukan amal soleh.Ya jika manusia itu melakukan amal makruf nahi munkarYa jika manusia itu masih berpegang pada segala suruhan Al-Kaliq.Ya jika kita masih berpegang pada sunnah-sunnah rasul kita.Ya jika kita masih tahu membezakan antara perkara-perkara yang hak dan batil.



  

Bagaimana pula dengan golongan-golongan yang tidak melakukan semua perkara tersebut?Adakah dia masih dikira sebagai khalifah kerana mereka juga seorang manusia?

Allah berfirman;
dan sesungguhnya kami jadikan isi api neraka jahanam,kebanyakan jin dan manusia,mereka diberikan hati tetapi tidak digunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang yang lalai”
                                                                                             al-a’raf;179

“perumpamaan orang yang diberi tugas membawa taurat,kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai-keldai yang membawa buku-buku yang tebal…”
                                                                                             al-jumua’h;5

Nah!Allah telah menempelak insan-insan ini sehina-hinanya.Allah telah meletakkan taraf mereka ditempat haiwan ternakan,bahkan labih hina daripada itu.Oleh itu,jawapan bagi soalan itu sudah tentunya tidak.Mana mungkin orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar menjadi khalifah.Mana mungkin orang-orang yang mensia-siakan hidupnya menjadi khalifah.Mana mungkin orang yang tidak mempertahankan agamnya menjadi khalifah melainkan mereka ini bertaubat dan memohon keampunan pada Allah.

Allah telah menyatakan bahawa insan-insan yang tidak menghargai segala pemberiannya dengan menghayati,mndengar dan mengambil tahu tentang agamanya adalah seperti haiwan ternakan,bahkan lebih teruk.Salah satu daripada haiwan ternakan itu ialah babi.Hah?!Adakah mereka sehina itu?Renungkan ikhwah sekalian.

Mari lihat ‘statement’ di bawah;
manusia dilahirkan,babi juga dilahirkan
manusia menyusu,babi juga menyusu
manusia makan,babi juga makan
manusia tidur,babi juga tidur
manusia berkahwin,babi juga berkahwin
manusia memikirkan tentang islam,babi tidak memikirkan tentang islam

Semua perbuatan yang manusia lakukan,babi juga lakukan.Tetapi hanya satu perkara babi tidak pernah lakukan iaitu memikirkan tentang islam.Jadi Orang yang tidak pernah memikirkan tentang agama Islam ini tidak layaklah kita untuk meletakkan tarafnya sebagai seorang khalifah tetapi tarafnya sama seperti seekor babi.

Jadi ikhwah sekalian,yang mana satu anda semua mahukan?
menjadi seorang khalifah atau menjadi seekor babi?
menjadi khalifah yang dicintai fi qalbi atau babi yang sentiasa dikeji?
Renungkan ikhwah sekalian….

Az_1wan,number_1 is silent

No comments:

Post a Comment